kisah kisah para nabi

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Dengan limpah kurnianya kita masih lagi di izinkan Allah taala untuk menghuni rumah Allah yang maha besar dan maha indah ini,dengan waktu usia yang begitu singkat ini dapatlah kiranya kita mengabdikan diri kepada maha pencipta sebagaimana kita adalah hambanya haruslah menjuruskan kehidupan yang dianugerahkan ini kepada menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.

Dengan izinnya jua saya ingin memenuhi ruang yang ada untuk berkongsi bersama satu kisah para Ambia' yang saya petik dari sebuah kitab yang berbahasa jawi melayu lama.kitab ini telah diterjemahkan dari bahasa arab kepada bahasa melayu jawi oleh Haji Azhari Al khaldi rahimallah.dan saya yang amat daif lagi jahil ini dengan kekuatan untuk melakukan sesuatu yang bermanafaat untuk pembaca kerana lebih baik kita membaca kisah kisah begini untuk kita lebih mendekati para ulama ulama dan ambia' ambia' untuk memenuhi ruang jiwa yang mungkin di penuhi dengan novel- novel cinta dan juga cerita-cerita keduniaan. dengan rendah hati dan rasa bertangunjawab keatas diri sendiri jua ingin saya berkongsi dengan pembaca semoga sedikit sebanyak memberi mnafaat kita bersama.

ini adalah kitabnya
yang bertajuk (Kisah Al Ambia'). kitab ini tiada tercatat tarikh pengeluaranya namun kitab ini dibeli oleh Almarhum Haji Alias b. Hamzah pada 1.2.1983.saya menyalin kisah ini dari bahasa melayu lama mengikut kitab ini,namun saya cuba untuk memudahkan pembaca lebih memahami dengan mengubah mana mana bahasa asal kepada gaya bahasa sekarang,In sya Allah.dengan itu sukalah saya untuk berkongsi kisah kisah ini sebagai memenuhi ruang ruang waktu adanya.semoga sedikit usaha yang kerdil ini dan niat yang iklas ini mendapat ganjaran dari Allah yang maha kuasa dan sekiranya mendapat pahala dari sisinya harap dapat menghadiahkan kepada tuan ampunya kitab ini iaitu Almarhum Haji Alias b. Hamzah.
Amin ya rabbilalamin.

Wabihi nastaiin.. 
Ini bermula adapun bahawa inilah tafsir daripada Muhammad Ibni hassan. dan ia mendengar dari Ishaq Ibni Ibrahim Al sanaburi sama benuanya.dan ia mendengar daripada muhammad Ansyori senanu dan ia mendengar daripada Maimun Ibni mahran Al Handi dan ia mendengar daripada ma'muni Ibni Sabli dan ia mendengar daripada solleh Ibnu Abdurahman Arabi dan ia mendengar daripada Ibni Abbas rodhiallah anhuma.lakulahitaala < allah hullazhi kholaqossama watiwalard wamabainahuma>. ya'ni Allah taala jua yang menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.
(sesungguhnya cerita bab kejadian bumi .admin tidak karang diruang ini  kerana admin rasa tidak lah perlu untuk membaca kisah kejadian bumi itu. cukuplah sekadar kita membaca kisah kisah Ambia ini sahaja,kerana bagi admin kisah para Ambia'adalah lebih bagus kita ketaui.dan ianya sekadar membaca untuk memenuhi ruang waktu yang terbuang,dan kebarangkalian mendapat manafaat darinya)
<kitab ini dibetulkan oleh Muhamad Toha Al Anduni iaitu tukang tashih kitab melayu di Mesir>
*Amin..Amin ..Yarabbill Alamin*

Bermula kisah Adam A.S

Berfirman tuhan yang maha tinggi hendak menjadikan raja di dalam bumi,maka sahut segala malaikat. "Ya tuhan ku, adapun raja yang engkau jadikan atas bumi itu kerjanya akan berbinasa akan segala isi bumi mu jua,akan kami segala ini sentiasa mengucap tasbih,tahmid dan tahlil kehadrat mu". Maka firman Allah taala, "Aku tahu bahawa barang yang tiada kamu ketahui". sesungguhnya Iblis sudah ketahui  bahawa Nabi Muhamad akan turun kebumi daripada Adam hanya daripada bantahan jua Iblis Alaihilaknat itu sungguhnya juga akan kemulian Adam itu.
Maka berfirman Allah Taala. "Hai Jibril, turunlah engkau kebumi,ambil akan aku segengam tanah,aku ingin jadikan Adam". Maka Jibril pun turun kebumi baharu hendak digengamnya bumi itu maka bumi itupun amatlah gementar daripada melihat tangan Jibril itu,maka dengan kudrat Allah taala,bumi itupun dapat berkata kata. "Demi Allah, tuhan yang maha tinggi,hai.. Jibril. jangan engkau gengam takut dijadikan khalifah di atas ku,dari kerana aku takut berbuat durhaka kehadrat Allah taala tuhan serualam dan sangat takut aku akan seksa neraka itu. Hanya  maka Jibril pun kembali kehadrat Allah taala maka sembahnya. "Ya tuhan ku, engkau jua tuhan yang amat mengetahui pada segala pekerjaan hamba mu bahawa bumi itu tiada mahu hamba mu ambil dan disumpahnya akan hamba mu.
Lalu firman pula kepada Mikail. "Hai Mikail, pergi engkau kebumi ambil oleh mu bumi itu segengam, maka pergilah Mikail,baharu hendak digengamnya akan bumi itu maka ia disumpahi oleh bumi itu seperti disumpahi kepada Jibril.Maka Mikail pun kembali mengadap kehadrat Allah taala maka sembahnya. "Ya tuhan ku,ya rabbilalamin bahawa engkau jua yang amat tahu bahawa hamba mu disumpah oleh bumi itu akan hamba mu".
Maka firman Allah taala kepada Israfil, "pergi engkau kebumi ambil oleh mu bumi itu segengam,maka pergi Israfil maka baharu hendak digengamnya maka ia pun disumpahnya oleh bumi itu seperti disumpah kepada Jibri,Mikail maka Israfil pun kembali kehadrat Allah taala,dan menyembah kepada Allah taala bahawa ia pun disumpahi oleh bumi itu.Maka berfirman pula kepada Izrail."hai Izrail, pergilah engkau kebumi dan ambil oleh mu bumi segengam bahawa Jibril,Mikail dan Izrafil ku suruh tiada terambil olehnya. Maka Izrail pun pergi turun kebumi baharu hendak diambilnya tanah itu maka tanah itupun menyumpahi seperti disumpahi kepada yang dahulu itu.Maka kata Izrail."hai bumi, bahawa engkau menyumpahi ku ini adalah bukan kehendaku sungguhnya aku dengan firman tuhan serualam jua. Maka Izrail pun memacakan tangan hingga sampai segala muka bumi daripada ke masrik datang kemagrib,maka digengamnya lah tanah itu sampai kepada tujuh petala bumi, tempat itulah menjadi laut Qulzum. Maka dibawa oleh Izrail akan tanah kehadrat Allah taala. bahawa engkau jua tuhan yang amat mengetahui bahawa hamba mu disumpah oleh bumi. Maka berfiman tuhan."hai Izrail, bahawa aku hedak menjadikan Adam dan bahawasanya segala mereka itu dan segala anak cucunya pada Izrail terserah ku suruh mengambil nyawa mereka itu". Maka sembah IZrail, "Ya tuhan ku, jika demikian berseterulah mereka itu sekalian dengan hamba mu". Maka firman tuhan"Hai Izrail, bahawa aku ini amat kuasa pada berbuat barang sekehendak ku,jika aku titahkan seorang hamba ku pada mengerjakan suatu pekerjaan itu.aku jadikan kematian mereka itu atas sebab demam,sakit kuat atau sebab lemas didalam air,atau sebab dimakan binatang atau sebab berkelahi atau sebab terbakar api atau sebab jatuh timpa kayu. Maka adalah sebab nama sekalian itu jua yang tersebab tiada siapa yang dapat berdalih kepada mu lagi".
Berfirman Allah taala."Hai izrail, campurkan lah tanah itu dan ambil oleh mu air empat perkara, cucurkan kepada tanah itu,maka diambil oleh malaikat dicucurkan air tawar,air masin,air hanyir dan air pahit. bermula ia tawar itu jadilah ia air liur,dan air masin itu jadilah ia air mata,dan air hanyir itu jadilah ia air hidung, dan air pahit itu jadilah ia tahi telinga. 
(Berkata Ibnu Abbas r.a)bahawa Allah menjadikan Adam a.s itu daripada tujuh petala bumi. Pertama kepalanya dari tanah hindi,dan tulang daripada tanah bukit Qopa, dan zakarnya daripada tanah Babil,dan belakangnya daripada tanah arab,dan hatinya daripada tanah syurga Jannatul kudus, dan lidahnya daripada tanah Taif. Kerana bahawasanya kepala itu daripada tanah Baitulmaqdis akan tempat budi,dan muka daripada tanah syurga akan tempat perhiasan,dan kakinya daripada tanah hindi akan tempat berjalan dan zakar daripada tanah Babil itu akan tempat syahwatnya dan tulang daripada tanah Qopa itu akan tempat kuatnya,dan lidahnya daripada tanah Toif akan tempat berkata kata.
Maka dijadikan Allah taala didalam tubuh anak Adam itu sembilang pintu.Pada kepalanya dua liang hidung,dan dua lubang telinga,dan dua mata dan mulut dan dubur dan zakar.dan dipakaikan kepadanya lima pancaindra, penglihatan pada matanya, dan pendengar pada telinga,danpencium pada hidung dan perasa pada mulut dan tangannya. Maka terhantarlah lembaga Adam diatas bumi.maka sembah segala malaikat. "Ya tuhan ku,hikmat apa demikian ini.Maka berfirman Allah taala (seperti dalam Al quran surah 2 ayat 30) <waizqo larob'bukalilmala ikati in'ni jailum filar dhi khalifah> yang bermaksud bahawa aku hendak menjadikan raja didalam bumi ini akan ganti ku.
Maka sembah segala malaikat,"siapakah kau jadikan kepada raja itu ialah yang berbuat perosak dan menjirus darah sesama sendiri,bermula akan kami sentiasa mengucak tasbih memuji dikau.berkata Allah taala < Inni al'lamuma laa ta'lamun> ertinya. aku tahu barang yang kamu tidak ketahui.

Bermula beberapa lamanya maka Iblis pun lalu dengan tenteranya kerana bahawa pada ketika itu Iblis alaihi laknat adalah raja didalam bumi ini,maka dilihat lembaga Adam itu,maka kata Iblis pada malaikat, inilah khalifah yang dijadikan Allah taala di atas bumi,maka sahut segala malaikat bahkan inilah akan jadi raja atas bumi ini,maka Iblis itu berkata,jikalau dengan rupa ini disuruh aku membinasakan dia maka mudahnya aku binasakan dan jikalau dititahkan Allah menyembah atau turut katanya nescaya tiadalah aku menyembah dia dan tiada aku mau menurut katanya.maka diludahnya pada sama tengah lembaga itu, maka disapu oleh malaikat yang menunggu lembaga itu,maka jadilah pusat Adam dan ada pula berkata jadi ia lubang dada anak Adam. demikian nyawa yang suci itu masih lagi tergantung dibawah arasy Allah mengucap tasbih memuji Allah jua kerjanya.Maka dengan hikmat tuhan serualam. maka diperintahkanlah Allah taala kepada Jibril,Mikail,izrafil dan Izrail dan pada seorang kamu dengan tujuh ribu malaikat bawa tabuq yang berisi nyawa Adam itu.maka nyawa itu dibawa malaikat sekalian kepada lembaga badan,maka nyawa itu dihantarkan dikepala Adam dan diperintahkan Allah taala kepada nyawa itu, Masukan engkau kedalam jasad ini,bahawa badan inilah tempat mu diam. Maka tujuh kali dikeliling kan nyawa itu kepada lembaga Adam.Maka sekali malaikat menitahkan nyawa itu masuk,,maka berkata nyawa itu."Ya tuhan ku,bahawa aku ini roh yang amat latif dengan cahaya ku,maka betapa aku masuk pada rumah yang kelam ini". maka berkata tuhan kepada roh itu. masuk pun digagahi dan keluar pun digagahi jua. Maka nyawa itu pun masuk kehidung kira kira dua ratus tahun lamanya. maka setelah itu nyawa itupun lalu ke otak Adam,maka terbukalah mata Adam.dan nyawa itu datang pada rongga dan turun kepada dada Adam,lalu kepusat Adam maka dihantarkan tanganya kebumi lalu Adam hendak duduk maka tiada dapat.Maka berkata segala malaikat maka perangai ini amat gopoh.dengan itu berfirman tuhan dalam Al quran. < waka nal insya nuajulla> artinya manusia itu perangainya amat gopoh. Maka sampailah nyawa itu kesetiap rongga dan lengkaplah nyawa itu kepada segala tubuh Adam maka jadilah daging dan darah maka hiduplah Adam a.s maka bersin lah Adam,maka di dengarkan Adam firman tuhan."ucapkan lah oleh mu <Alhamdulillah hirobbil alamin>. maka mengucaplah Nabi Adam a.s. Maka berdirilah lalu nabi Adam dipakaikan pakaian daripada syurga maka sempurnalah kejadian Adam.maka disuruh arak lah nabi Adam kebawas arasy Allah kepada segala malaikat towaf berkeliling langgit supaya nabi Adam melihat yang ajaib ajaib yang indah indah barang yang didalam langit supaya bertambah yakin Adam akan kebesaran tuhan,adapun lamanya kira kira seratus tahun.Maka dianugerahkan Allah taala akan nabi Adam seekor kuda,nama kudanya Maimun, dan kedua sayapnya daripada mutiara,dan marjan maka naikan Jibril akan Adam keatas kuda itu maka dipegang nabi Adam kuda itu maka Jibril dari hadapan,Mikail dari kanan,Israfil dari kiri dan Izrail dari belakang. maka tawaflah nabi Allah Adam pada tujuh lapis langit maka Adam pun memberi salam pada segala malaikat yang banyak itu,maka disahut segala malaikat akan salam Adam. Maka firman tuhan. "Hai Adam,inilah haluan segala mukmin daripada segala anak cucu mu datang kepada hari kiamat.
Bermula pada satu cerita taktakala nabi Adam diarak pada tujuh lapis langit,maka diarak malaikat pula turun kebumi dengan perhiasanya. Maka firman tuhan serualam akan segala malaikat < Wailkulna lillmala ikatisjudu li a damapasajadu illa iblis>. sembah oleh mu Adam atas sujud segala kepadanya,itulah sujud tahiyat namanya bukan sujud kebaktian,bahawa sujud kebaktian itu hanyalah pada Allah taala jua tiada harus pada yang lain.maka malaikat itu sujud kepada nabi Adam melainkan Iblis jua tiada mahu sujud.Maka diketka semua sujud itu pula ketika seluruh malaikat mengangkat kepala pula maka terlihatlah bahawa Iblis tidak mahu sujud.Maka segala malaikat yang sujud itu tahu akan malaikat yang tiada sujud itulah Iblis jua.(ayat diatas)maka segala malaikat yang lain itu sujud sekali lagi,itulah dinamai sujud syukur.Maka berfirman Allah taala kepada Iblis."Hai Iblis..siapakah yang menegahkan mu untuk sujud kepada barang yang aku jadikan dari tangan aku sendiri..?".Maka berkata Iblis laknatullah, "sesungguhnya aku lebih baik dari Adam,aku dijadikan dari cahaya api dan Adam dari tanah yang kelam maka tiada harus cahaya menyembahnya".
Maka berkata Allah taala. "Hai Iblis, keluarkan oleh engkau dari langit ku daripada malaikat ku dan engkau lah malaikat yang laknat,dan laknat ku keatas mu hingga datang pada hari kiamat". Dan berkata tuhan lagi."Hai Iblis, keluarlah dari bawah langit ku dan dari atas bumi ku dan keluarlah daripada rupa malaikat ku masuklah engkau dari rupa Iblis dan engkau kaku yang tiada berkesudahan". 
Firman tuhan serualam.Akurlah engkau akan diri mu hai Iblis,maka Iblis pun akurlah akan dirinya dengan itu maka berdatang sembah Iblis laknatullah itu. "Kerana Adam lah aku kau murkai dan nikmat kau ambil daripada hamba mu. tetapi daripada hari ini datang kepada hari kiamat mintak janji aku kehadrat mu ya tuhan ku,mintak perkenang akan pinta ku mendatang sembah ya tuhan ku". berkata Iblis lagi,demi kemulian mu dan bumi mu bahawa engkau jua yang terlebih mulia terlebih tinggi bahawa akan segala anak cucu Adam ini,ku pohonkan kehadrat mu.maka sesungguhnya hamba mu akan membawa segala hamba mu itu dari jalan yang mulia kepada jalan yang sesat maka di ikut barang kata hamba supaya ia akan bersama dengan daku masuk neraka. melainkan segala hamba mu yang pilihan itu jua yang tiada rasa mau olehku dan tiada tertawan oleh ku kerana mereka itu menjunjung firman mu dengan serta ilmunya yang kau anugerahkan kepadanya".
Berfirman Allah taala lagi. "Hai Iblis, telah ku perkenang pinta mu itu selama engkau hingga datang kepada hari kiamat". setelah maka Iblis pun berdendam lah hatinya akan Adam, dan akan segala anak cucunya mencari jalan akan persesat Adam dan anak cucunya,itulah akan kerjanya.berkata tuhan."maka aku tahu akan sembah mu bahawa neraka itu akan ku penuhi akan sebab engkau yang mengikut segala pekerjaan mu.
Maka Allah berfirman pada segala malaikat kau bawa akan Adam kelangit mengadap akan aku tuhan yang maha mulia lagi amat besar bahawa segala isi langit itu. Memujinya tuhan melihat rupa Adam itu. setelah sudah diraja dan diarak kedalam syurga Jannatulkudus, maka dilihat Adam didalam syurga itu seorang pun tiada sebagai dengan dia.Maka Adam pun berbaring diatas lembung kananya maka tertidurlah Adam.Maka Allah subhanahuwataala pun tahu akan rasa hati Adam dukacita itu.taaktakala belum lagi ia berbalik tidur itu maka dijadikan Allah taala Ibu segala insan iaitu Siti Hawa. dari lembung kiri Adam.maka sudah dijadikan Siti hawa itu dengan kudratnya maka jagalah Adam.apabila dibuka matanya lalu dilihatnya ada seorang perempuan duduk disisinya.adapun akan siti Hawa itu dianugerahkan tuhan yang maha besar terlalu indah rupanya dan amat baik parasnya gilang gemilang bercahaya cahaya, maka Adam pun hendak berjabat Siti hawa,maka datang firman tuhan."Hai Adam, jangan engkau jabat(pegang) akan dia.aku akan kahwinkan engkau dengan dia itu.Amaka menyembah Adam,bahawa sekalian itu daripada anugerah mu jua dan hamba menjunjung barang titah mu.maka perintah tuhan kepada malaikat."Bawa oleh kamu tabuq, yang berisi emas dan perak dan mutiara dan intan ma'nikam yang indah indah itu kehadapan Adam dan Siti hawa,bahawa aku akan kahwinkan Adam dengan Siti hawa,maka datang satu suara dari tuhan,demikian bunyinya. yang bermaksud:"Segala puji puji bagi Allah yang amat besar kebesaranya,bahawa segala mereka itu telah percaya lah ia akan daku dan segala puji puji bagi kekasihku dan pesuruhku bahawa naik saksilah segala malaikat ku dan segala isi langitku dan segala malaikat yang menanggung arasy ku,bahawasanya telah ku kahwinkan hamba ku Adam dengan hawa diatas langit ku dengan kudrat ku bahawa Adam a.s mengucap tasbih akan daku dan membesar akan daku dan memuji akan daku iaitu dengan kemulian ayatul qudsi dan naik saksilah aku bahawasanya tiada tuhan yang menjadikan segala suatu hanya aku jua tuhan yang amat kuasa bahawasanya Adam khalifahku dan Hawa itu isterinya dan kekal lah dia pada mengasih dia dan sekalian mereka itu berbuat ibadat akan aku.
Maka turunlah malaikat melihat kurnia tuhan akan Adam maka datang firman."Hai Adam,jabatlah hawa itu dan diamlah dalam syurga yang penuh kenikmatan ku anugerahi pada mu.

Bermula adapun kayu suatu itu Khuldi namanya, jangan kamu hampir kepadanya dan jikalau engkau hampir kepada pohon kayu itu nescaya adalah kedua kamu daripada menginaya diri kamu bahawa kerana syurga itu tiada seperti dunia sebagai lapar dan sebagai dahaga.Maka Adam pun tetap lah didalam syurga itu. Kata Adam,tiada membinasa kami di sini. Firman tuhan 
< Ya Adamuskum Antauwazaujuka Jannatawakula minha rorodha Haisusi'tumma Walatakrrobahazihissajaraoh Tapatakunaminna Zolimin
bermaksud:"Hai Adam, diam lah enkau didalam syuga ini tetapi engkau ingat akan bencana Iblis itu ialah seteru mu yang mungkar,dan jangan engkau hampirkan pohon kayu itu,jika engkau hampir kepadanya adalah engkau menginaya dirimu". Lihat lah Adam,bahawa pintu syurga itu amat teguh, maka pada hati Adam terpeliharalah aku daripada bencana Iblis.Dan ia berseteru dengan ku,apa salah aku kepadanya lagi ia jauh kerana ia didalam dunia dan aku di dalam syurga.
Maka Adam pun ingatlah ia akan dirinya hanya maka Iblis pun sentiasa mencari jalan hendak berdayakan Adam jua citanya supaya binasa Adam itu.Maka Iblis pun berjalan lah daripada tujuh peringkat langit,maka taktakala sampailah ia kepintu syurga itu,maka duduklah ia di luar pintu syurga itu.
 Dengan dukacitanya yang amat sangat serta menantikan pintu syurga terbuka,supaya ia dapat berbuat bencana.Maka dengan takdir Allah taala,datanglah seekor burung merak dari dalam syurga.ketika sedang mengintai ngintai dari dalam syurga itu maka terlihat lah seorang tua duduk diluar pintu syurga,serta dengan tangisanya.maka bertanya merak itu."Siap engkau ini..?" jawab Iblis itu."Akulah malaikat daripada antara malaikat yang banyak,dan aku sangat hendak hendak bertemu dengan dikau". Maka berkata merak."Mengapa engkau duduk disini.? mengapa dikau ingin bertemu akan aku". Maka kata Iblis."Marilah engkau berdiri dipintu syurga supaya aku ajar pada mu suatu doa,hendak ku ajarkan ini tiga perkara.Khasiatnya dianugerah Allah taala kepada barang siapa yang mengamalkan dia. Pertama,muda selamanya. kedua tiada mati selamanya.ketiga,tiada keluar didalam syurga ini selamanya.Maka kata merak,tiada dapat aku membuka pintu syurga ini dikuncikan oleh Malaikat selama Adam didalam syurga ini.
Maka dengan itu pula bagitahu merak itu kepada ular."Hai ular, lihatlah oleh mu seorang tua itu tiba tiba ia menangis diluar pintu syuga.Maka menjenggoklah keluar pintu syurga itu,taktakala dilihat oleh Iblis akan ular itu,maka berkata lah Iblis. "Hai ular, pelajari apalah oleh mu daripada aku doa ini,supaya engkau daripada bahaya kejahatan serta minta janji aku kepada mu bawa masuk aku kedalam syurga itu,maka kata ular, "Tiada dapat aku membuka pintu syurga ini selama Adam didalamnya kerana syurga ini dikunci oleh Malaikat,dan anak kunci itu kepadanya".kata Iblis. "Aku tiada menjijak kaki ku kedalam syuga tapi bukakan mulut mu supaya aku masuk kedalam mulut itu". maka pada hati ular tiada akan dapat ia masuk kedalam mulut,maka ular itupun menganggakan mulutnya hanya Iblis pun melompat kedalam mulut itu,jadi berlakulah barang kehendak Iblis itu atas ular.hanya maka ular pun menghala kepalanya masuk kedalam syurga.Maka kata Iblis."Bawa oleh mu aku kepohon kayu khuldi itu. setelah sampai maka keluarlah Iblis dari dalam mulut ular.maka duduk lah ular dipohon kayu itu sambil menangis dengan terlalu sangat lakunya percintaanya dan dukacitanya,maka terkejutlah anak bidadari didalam syurga itu. kerana didalam syurga itu tiada pernah mendengar  bunyi orang menangis.hanya maka datanglah segala bidadari kesisi Iblis.Maka taktakala itu siti hawa segala anak anakan bidadari itu pergi beramai ramai kepada pohon kayu itu.maka ia bertanya kepada bidadari yang banyak itu katanya."Apa juga kamu berhimpun ini.Maka sahut bidadari itu akan ular ini.Ada seorang didalam mulutnya.Siapakah ia tiada seorang pun kami ketahui ia.Maka Iblis pun berpaling melihat Siti Hawa,maka Siti Hawa pun bertanya. "Hai orang tua siapa engkau..?,dan darimana datang mu dan apa kamu tangiskan itu".  Maka kata Iblis."Hai orang muda,bahawa aku ini daripada malaikat dan yang aku tangiskan itu engkaulah,engkau akan keluar dari dalam syurga ini,jika engkau hendak kan kekal didalam syurga ini makanlah oleh mu buah kayu ini nescaya tiada engkau keluar lagi didalam syurga ini selama lamanya.Maka aku tunjukan engkau pohon kayu itu maka makan lah engkau nescaya kekal lah engkau di dalam syurga ini tiadala engkau keluar di dalamnya.Maka kata Siti Hawa."Aku dilarang memakan buah kayu ini sebagaimana pula engkau menyuruh aku makan buah kayu itu". Maka kata Iblis."Ketahui oleh mu bahawa itulah hikmah Allah hendak mengeluarkan engkau kedalam dunia,jadi kejilah rupa mu.jika engkau makan buah kayu itu tiadalah engkau merasai kejahatan lagi,serta Iblis pun bersumpah, demi Allah dan beberapa sumpah yang besar besar. 
 Hanya dengan takdir Allah Maka terfikir lah Siti Hawa bahawa dengan sumpahnya dengan nama Allah itu menunjukan jalan kebajikan akan kami.maka kata Iblis itu, ketahuilah hai yang baik rupa bahawa sumpah ku ini sebenar benarnya lah.dan percayalah engkau akan kata ku ini,lalu Siti Hawa pun diambillah buah khuldi itu tiga buah. satu dimakan dan tinggal dua buah.Maka dibawaknya kepada Adam,maka bertanya Adam,buah apa ini...?.Inilah buah kayu yang dilarang Allah taala itu.Tuan hamba makanlah sudah hamba makan sebuah,maka berkata Adam,apa rasa buah kayu ini.. maka jawab Hawa, terlalu baik citarasanya.maka kata Adam tiada aku mahu makan dan suka,kerana aku sudah bersetia dengan tuhanku.
Maka Siti hawa pun mengisi khamar didalam syurga maka diberi kepada Adam itu,maka lupalah Adam akan janji maka diambilnya lah buah khuldi itu daripada tangan Hawa lalu dimakannya.lalu terjatuhlah mangkuk ditangan Adam itu dan juga tertanggalah pakaian dan hiasan di tubuh Adam dan Siti hawa.maka Adam dan pun bertelanjanglah. 
Maka apabila Adam melihat dirinya sudah tertanggal segala pakaian dari syurga itu maka Adam pun mencari daun daun kayu menutup auratnya dan aurat isterinya.lalu Adam pun menghampiri sepohon kayu yang bernama Aljabar,maka berkata pohon kayu tersebut menegah akan mengambilnya.maka pergi pula kepohon kayu yang bernama Udd dan berkata Adam,mintak ku daun mu wahai pohon kayu,maka pohon kayu Uud itupun merendah dirinya untuk Adam ambil daunya untuk  menutup auratnya.tiba tiba terdengar satu suara."Wahai pohon kayu Uud,sesunguhnya engkau lakukan itu sia sia kerana itu engkau jua akan aku letakan kedalam neraka.lalu pohon kayu Uud itu pun menangis,kan dirinya.Lalu Adam dan Hawa pun berlari lari didalam syurga.maka datang satu suara. "Hai Adam." tiada jua di sahut Adam dan Hawa.maka sekali lagi suara itu."Hai Adam,"tiada jua Adam menyahutnya dan sehingga ketiga kali firman itu demikian maka Jibril berkata."Hai Adam,tuahn memberi firman kepada mu, mengapa engkau tiada menyahut.maka datang suara daripada udara."Lari lah engkau daripada ku." sahut Adam "Malu hamba mu kehadrat mu hai tuhan ku..berfirman tuhan kepada Adam."Tiada kah aku tegah akan dikau jangan kau makan buah kayu yang sepohon itu, dan adakah ajari akan dikaubahawa Iblis itu seteru mu yang nyata.Maka berseru2 Adam.< Robbana zolamna ampusana wainlamtahfirlana watarhamna lannaku nannaminalkhosirin> (ini doa yang pertama,ada riwayat yang lain mengatakan doa ini Jibril ajarkan kepada Nabi Adam ketika waktu subuh,apabila hari pertama nabi Adam berada dibumi,apabila Nabi Adam ingin memohon doa kepada Allah subhanahu wataala).
Berkata Adam."Ya tuhan ku,ampuni kiranya akan dosa kami dan peliharakan kami, daripa kemaluan ini bahawa kami daripada segala yang durhaka kebawah kehadrat mu ya tuhanku,maka firman kepada Jibril.< Wakulnahbitu ba'bukumliba'bim aduwung walakum filardhi mustaqowong wamata ung ilahin> ertinya:"Hai Jibril,keluarjan Adam dan Hawa dan merak dan ular dan Iblis itu didalam syurga ini,buangkan kedunia.hanya maka dikeluarkan Jibril,maka adalah taktakala akan dikeluarkan itu,maka berdirilah Adam berseru seru dengan tangisan oleh kerana akan bercerai dengan syurga.maka ia mengambil Adam akan kayu syurga.itulah kayu tongkat dan kayu itulah akan dia seribu mukjizat maka berjalan lah mereka itu. Adam dahulu dibelakangnya Hawa dan belakang Hawa merak dan belakang merak ular dan Iblis alaihilaknat. maka Adam jatuh keserindit. dan Hawa jatuh ke juddah. merak jatuh kehindustan.ular jatuh ke(nama tempat tak jelas) dan Iblis jatuh ke(tempat kurang jelas). hanya Adam pun menangis dan bercinta terlalu sangat tangisanya dan percintaanya.Dua ratus tahun datang pada suatu pula tiga ratus tahun lamanya,menangis itu maka kerana terlalu banyak air matanya itu mengalir menjadi sungai.Maka siti Hawa menangis maka jadilah air mata itu kerana terlalu banyaknya maka jadilah ia celak,inai juga mutiara,dengan kerana itulah jadi perhiasan segala anak perempuan.
Maka pada suatu hari datang Jibril kepada Nabi Allah Adam,naik Haji engkau dahulu daripada mati,dan Nabi Allah Adam mendengar nama mati itu maka tubuh Adam gementarlah segala tulang sendinya.Maka kata Nabi Allah Adam,kemana jalanku ya Jibril.maka kata Jibril,Ka'batullah taala.maka berjalan Nabi Adam menuju ke ka'batullah,maka barang mana mereka berhenti maka jadilah bumi itu makmur dan menjadi negeri besar berkat kemulian Nabi Allah Adam.maka apabila Nabi Allah itu sampai, maka berkata para malaikat,telah dua ribu tahun kami towaf pada baitulmakmur ini.adapun bahawa diceritakan oleh ahli tafsir tatakala dunia belum lagi toufan Nabi Allah Nuh.bahawa ka'baitullah itu di angkat keudara setelah dunia itu karang sewaktu zaman Nabi Nuh.Bahawa baitul makmur itu daripada ma'nikam yang hijau,tabirnya daripada mas, dan pintunya daripada ma'nikam merah adapun kemulian baitulmakmur itu barang yang hinggap pada haramnya maka haram menyembelih ia. Maka datang nabi Allah Adam kebukit Arpah.dan lalu ke Jabalrahman maka Nabi Allah Adam pun duduk maka dilihat Nabi Allah Adam kesuatu padang, di lihatnya seorang perempuan datang,maka akan dikenal Adam bahawa perempuan itu Siti Hawa.Maka lalu dibawa Adam Hawa itu kesisinya,maka keduanya menangis berseru seru daripada sangat takutnya kepada Allah bertambah pula meningal akan syurga maka makin sangatlah percintaanya maka segala malaikat dilangit pun  semuanya serta Nabi Allah Adam.Dibuka Allah taala dinding hijab maka sampailah penglihatan lalu kebawah Arasy Allah taala.<Fatala'qo Adamumin robihi kalimating fatabaalaihi innahu huwattawaburohim> Maka dilihat Nabi Adam segala tiang Arasy itu tersurat kalimah ( LAILAHAILLALLAH MUHAMMADU RASULLALLAH) Maka sembah Adam. "Ya tuhan ku, demi kemulian nama yang tersurat pada tiang Arasy itu,maka taubatlah hamba mu.Maka datanglah Jibril menyampaikan bahawa tuhan telah memperkenangkan taubat mu itu. "Hai Adam,jika taktakala engkau didalam syurga itu tuan hamba safaat pada yang ampunya nama nescaya tiadalah dikeluarkan tuan hamba dari dalam syurga itu. Ada pun diceritakan orang, ketika Nabi Allah Musa bermunajat ke bukit thursinar,maka sembah Musa."Ya tuhan ku adakah syuga itu berpagar..dan bertunggu...?. Bah kan ada yang berpintu dan ada yang mengawal dia. Maka sembah Musa,"Ya tuhan ku,jika ada yang mengawali dia,betapakah Iblis dapat masuk kepada Nabi Adam..?".Berfirman tuhan."Ada pun Iblis itu masuk daripada mulut ular". Maka sembah Musa,betapakah Nabi Adam menurut kata Iblis itu. maka berfirman Allah taala kepada Musa."Hai Musa jangan kau bertanya aku daripada kehendak ku dan hikmah ku itu.maka firman tuhan,bawakan Adam itu kesungai, sapukalah tanah sungai itu kebelakangnya,maka lalu Malaikat Jibril pun menyapu tanah sungai itu supaya jadi anak cucunya kerana berkat tanah itu.maka berkata Adam."Hai Jibril hikmah apakah ini pula". kata Jibril itulah dijadikan anak cucumu yang akan dijadikan Allah taala.maka lalu Adam terlihat anak cucunya penuhlah diudara yang datang terlalu banyak.dan berkata Jibril itulah arwah anak cucu mu.maka berkata Adam,jika itulah banyaknya anak cucu hamba betapa luasnya dunia ini.Maka kata Jibril adalah hikmah tuhan mu yang amat kuasa pada menjadikanya."Hai Adam,setengah dijadikanya dan setengah di dalam rahim ibu dan setengah didalam sulbi bapanya dan barang yang dahulu itu setengah dimatikan.kata Adam,Anak cucuku ini berbagai lakunya,ku lihat setengah islam,dan setengah kafir dan setengah mukmin dan setengah asi(jahat) dan setengah sukacita dan setengah dukacita.dan setengah kaya dan setengah miskin. Firman tuhan. "Hai Adam,lihatlah oleh mu anak cucu mu yang kaya itu tiada ia memadai anugerahku dan yang miskin itu tiada ia sabar dan syukur akan daku.maka dengan firman Allah menyuruh akan segala roh anak cucu Adam ber saf saf beratur dari masriq lalu ke magrib.maka dengan hikmat Allah taala segala yang dikanan Adam itulah mukmin.dan segala yang dikiri Adam itulah munafikin dan zindik dan asi dan segala yang dihadapan Adam itulah  segala nabi segala wali dan segala yang dibelakang Adam itulah segala kafir, dan musrik.berfirman tuhan. "Bukan kah aku tuhan kamu..?" maka menyahut segala zuriat."Bahkan se nya engkau tuhan kami,maka berfirman tuhan. sujudlah engkau sekalian pada tuhan kamu yang menjadikan kamu itu. maka sof yang dari kanan itu semuanya sujud,dan sof yang kiri Adam itu semuanya tiada mahu sujud.Maka datang firman pula. "Sujudlah kamu sekalian sekali lagi,maka sof yang kanan Adam itu sebahagi tiada mahu sujud hanya dua bahagi yang mahu sujud.dan yang kiri Adam itu sebahagi ia merendahkan dirinya lalu sujud lah dan yang tiga bahagi yang tiada mahu sujud.maka ada pun yang sujud dahulu itu kemudian tiada ia mahu sujud.adalah pada pertama umurnya islam dan matinya kafir.dan ada pun yang tiada mahu sujud pada mulanaya dan kemudian ia sujud,orang itulah pada pertama umurnya kafir dan matinya islam.dan ada pun orang yang sujud pada pertamanya dan sujud juga pada keduanya,maka orang itulah pada mula umurnya islam dan mati ia islam.ada pun yang sekalipun tiada mahu sujud pada mulanya dan kemudianya,maka orang itulah kafir pada mula umurnya dan membawa kepada matinya.dan berfirman Allah. bermaksud."Ya Adam,tiada apa pada aku kebaktian mereka itu, tiada apa pada aku segaka derhaka mereka itu. setelah didengar Adam akan firman tuhan itu, maka menangislah adam a.s. maka sembah Adam."Tiadakah kau jadikan mereka itu suatu agama islam jua sekalianya menyembah dikau..?". maka berkata tuhan."Hai Adam,dari kerana itulah ku jadikan mereka itu barang siapa percaya akan segala tanda aku dan rasul ku maka dikerjakan mereka itu amal soleh.maka mereka aku masukan dia ke dalam syurga. dan barang siapa yang tiada percaya akan aku dan rasul ku lagi sembahnya lain daripada aku maka bahawa sungguhnya aku masukan akan dia didalam neraka.Hai Adam,tidak kah dahulu aku larangkan akan dikau menghampiri pohon kayu khuldi itu..!.dan aku ambil akan Iblis akan seteru bagi kamu,maka tiada kamu berdua ikut kata ku.maka jadilah engkau sekarang bersama sama dengan dia didalam dunia.hai Adam,tiadakah aku menegahkan seseorang taktakala ia berbuat durhaka kepada aku,kerana telah ku larangkan akan dia dahulunya,dan sekarang engkau jangan diperdaya akan Iblis akan dikau taktakala diperdaya akan dikau didalam syurga itu.kerana lagi akan diperdaya akan segala anak cucu mu.maka Adam dan Hawa pun sujud kehadrat Allah taala dengan tangisan yang berseru seru."Ya tuhan, bahawa engkau tuhan yang maha pengampun dosa kami dan mengasihi kami maka peliharalah kami daripada bencana Iblis Alaihilaknat dan jauhkan kami daripadanya.Maka Allah berfirman.mana Hajarul Aswad?. Maka Hajarul Aswad pun datang,lalu berfirman Allah.pergilah engkau bersetia dengan Adam kebumi dan suratkan oleh mu segala janjiku dan segala janji Adam,dan anak cucunya.maka Hajarul Aswad pun turun kedunia.maka disuratkan oleh segala anak cucu Adam yang akan isi syurga,dan sipulan2 anak sipulan namanya,dan sekian banyaknya.setelah sudah suratnya maka firman Allah taala,masukan surat itu kedalam mulut mu, maka dimasukan malaikat itulah surat irtu dalam mulutnya.maka firman Allah taala .Jadikan engkau batu maka jadilah ia batu yang amat puteh,maka taktakala hari kiamat,Hajarul Aswad itu dijadikan Allah taala malaikat pula.dan ialah yang berkata,ini yang akan isi syurga dan ialah ini yang akan isi neraka.
Taktakala dizaman Nabi Nuh a.s dan akan Hajarul Aswad ditaruhkan Allah taala pada masjid baitul makmur Nabi Nuh.maka taktakala akan dibinasakan Allah taala kaum Nuh,dengan taufan maka diangkatkan Allah taala Baitul Makmur kelangit.maka Hajarul Aswad itu disuruhkan Allah taala kepada Nabi Nuh menaruhkan dia pada bukit Jabar Rahman.Maka taktakala Nabi Ibrahim dititahkan Allah berbuat Ka'bah, dengan Nabi Allah Ismail maka disuruhkan Allah taala ambil Hajarul Haswad itu daripada Jabar Rahman maka disuruh lengkapkan dipenjuru dinding ka'bah Allah,pihak kanan pintu masuk kedalamnya.Itulah yang dikucup oleh segala orang yang naik Haji.dan dilekapkan mereka itu matanya kepadanya,serta dengan tanggis mereka itu kerana ia akan jadi saksi mereka itu pada hari kiamat.
Firman Allah taala <Waizakhozalloh misaqon'nabiyi nalama ataitukum minkitabin wahikmatin jaakum rosulun muso'dikol'lima maakum,latukminu'nawalatansuru nah, qo la a aqrortum wa akhoztum ala zalikum isri, qolu aqrorna,qoolapashadu wa ana ma'akum mina'ssyahidin> yang bermaksud.Taktakala Allah taala pada menangguhkan janjinya dengan segala Nabinya, dan ta'takala disampaikan segala rasul daripada titah ku dan hikmah ku sungguhnya telah datang kepada kamu rasul.dengan sebenarnya dengan menyatakan segala yang bernama Nabi lagi rasul kepada sekalian Nabi.adapun akan Nabi muhammad s.a.w Nabi lagi rasul.Maka firman Allah taala menceritakan segala Nabi dan Rasul bahawa lagi akan datang kepada kamu penghulu segala Nabi dan kesudahan segala Nabi.ta'takala dititahkan sekelian umat kamu dan lagi akan turunkan Quran yang adalah itu segala kitab Allah.yang didatangkan Allah taala kepada muhammad s.a.w.Maka firman Alah taala kepada segala nabi dan rasul bahawa kami sekalian nabi maka naik saksilah kami akan segala rasul Allah yang lagi akan datang itu bahawa se nya Nabi Allah Adam a.s tahu akan ampunya Nabi Syeet itu jadi Nabi akan gantinya,dan Nabi syeet itu pun tahu akan Idris jadi Nabi,dan Idris itu pun tahu akan Nuh jadi nabi,dan Nuh itu tahu  bahawa Hut jadi Nabi,dan Hut itu pun tahu akan Solleh jadi Nabi,dan Solleh pun tahu akan Ibrahim jadi Nabi dan Ibrahim pun tahu akan anaknya Ismail dan Ishak jadi Nabi,dan Ismail juga Ishak pun tahu akan Ya'kub jadi Nabi dan Ya'kub pun tahu akan Yusuf jadi Nabi dan Yusuf pun akan Musa jadi Nabi dan Musa pun tahu akan Harun jadi nabi dan Harun pun tahu akan Daud jadi Nabi dan Daud pun tahu akan Sulaiman jadi Nabi dan Sulaiman pun tahu akan Zakaria jadi Nabi dan Zakaria pun tahu akan Yahya jadi Nabi dan Yahya pun tahu akan Isa jadi Nabi dan Isa pun tahu Yunus jadi nabi dan Yunus pun tahu akan Ayub jadi Nabi dan Ayub pun tahu akan Muhammad s.a.w jadi Nabi lagi Rasul.dan penutup segala Nabi.Sebermula akan Nabi yang terdahulu itu tahu segala Rasul Allah yang lagi akan datang seperti segala Nabi dan Rasul Allah yang dahulu daripadanya bahawa se nya bersabda Nabi kita Muhammad s.a.w akan banyak segala Nabi satu laksa dua puluh empat ribu dan menjadi Rasul  tiga ratus tiga belas orang.yakni turun Jibril membawa Firman kepada mereka itu seperti firman Allah taala. < Walaqod arsalna rosulan minqoblika minhum man qososna alaika waminhum manlan taksusalaikha> Yakni telah aku ceritakan pada mu ya muhammad dalam Quran dan setengah dihikayat segala Nabi yang dahulu daripada mu dan berapa lagi banyak segala nabi dan kelakuan mereka itu tiada kami ceritakan kepada mu.maka mengucap syukurlah engkau akan tuhan mu.kemudia dari itu telh didengar Adam a.s firman Allah taala kepada malaikat Hajarul Aswad itu maka amat dukacitalah hati Nabi Allah Adam oleh kerana banyak segala anak cucunya masuk neraka. dan sedikit jua yang masuk syurga.maka firman Allah kepada Adam.Pergilah engkau keserindik disanalah tempat mu diam dengan isteri mu Hawa.Maka berjalan lah Nabi Allah Adam dan Hawa.setelah sampailah mereka berdua maka pada suatu hari datang lah Jibril membawa kepada Adam tujuh keping besi. yang sudah dijadikan Allah akan memberi manafaat pada segala manusia seperti firman Allah taala.<Wanzalnalhadidafihi ba'sun sadidun wamanafiulinnas> Yakni kami turunkan besi kedalam bumi akan memberi manafaat akan segala manusia.adapun besi yang tujuh keping itu yang dibawa Jibril kepada Nabi Adam itu,satu penukul besi landas besi ketiga kurdi besi ke empat beliung besi kelima cangkul besi keenam sumpit besi ketujuh perkakas besi.
Setelah sudah diberikan Jibril kepada Adam maka ujar Nabi Allah Adam,hai Jibril,apa ku perbuat besi ini dan dengan apa aku permasak makanan ku,seperti kata mu memberi manafaat jua bagi kamu,maka jawab Jibril akan dianugerahkan tuhan mu akan dikau api.maka ketika itu juga datang firman tuhan pada Jibril,"ya Jibril,pergi engkau kedalam neraka ambil oleh mu satu ketul daripada bunga api,berikan kepada Adam,maka Jibril pun pergilah ke neraka maka dibawanya api neraka kepada Adam,maka disambut Adam api itu, setelah terpercit api itu kepada tangan Adam maka Adam pun kepanasan,lalu dilepaskan Nabi Allah Adam api itu lalu jatuh kebumi lalu terus kebawah tujuh petala bumi lalu kembali ketempatnya lalu sekali lagi diambil Jibril akan api itu.dan begitu juga api itu dilepaskan ditangan Adam lalu terus kembali ketempatnya tiadalah berhenti disuatu tempat jua pun.maka firman Allah taala kepada Jibril."Hai Jibril,katakan kepada Adam hendaklah diambil batu dengan besi maka palukan keduanya itu maka terbitlah api atau kayu samanya kayu jika digoyang keduanya nescaya terbit daripadanya jua.maka berkta Jibrilah firman tuhan itu lalu diperbuatlah Adam seperti kata Jibril itu,maka Adam sudah menjadikan api itu setelah nyala api itu maka ujar Nabi Allah Adam,Ya Jibril,api yang dahulu itu tiada hamba menjabatnya,maka api ini dapat hamba hampir kepadanya.maka sahut Jibril.Ya Adam,api yang dahulu itu adalah api neraka maka ini pun punca dari api neraka.ta,takala ia jatuh daripada tangan tuan hamba lalulah ia kembali kepada tempatnya tiada singah pada suatu tempat jua pun,maka daripada hawa api itulah meresat segala batu dan kayu.
Maka Nabi Adam pun menempa besi diajar oleh Jibril maka ditempa dibawa lah Jibril se ekor lembu akan Nabi Adam (Ainal bakar) namanya.supaya boleh membawa air akan nabi adam.maka ujar Jibril"Hai Adam, perbuatlah huma dan tanamlah  pohon gandum itu akan makanan.supaya jadi manafaatlah segala yang diperintahkan itu dan tanam kapas maka buahnya itu diperbuatkan pakaian akan menutut aurat.maka dikerjakan Nabi Adamlah apa yang diajar Jibril a.s.maka apabila didapati Adam akan gandung itu lalu dipipiskan maka disuruh angin menyalakan api maka Nabi Adam pun memasak roti.apabila sudah masak maka ditaruhnya pada suatu tempat.maka dengan izin Allah taala.berkatalah bumi kepada Adam."Ya Nabi Adam, jika dengan titah Allah subhanahuwataala pada hamba berbuat khidmat kepada mu mengantari makanan akan dikau terlalu kasihan hamba melihat akan hal tuan hamba itu. Hanya maka baharulah hendak dimakan Adam roti itu maka datang Jibril maka ujar Jibril,jangan tuan hamba makan dahulu,menantikan akan masuk matahari maka dimakan makanan itu serta tuan hamba bawak makanan itu kehadapan Hawa,makan bersama-samanya.Hanya telah masuk matahari maka dibawa Nabi Adam makanan itu kehadapan Hawa maka makanlah Adam juga isterinya roti itu.setelah sudah dimakan maka yang ad lagi tinggal itu di taruhnya ibu kita Hawa.maka daripada sebab itulah segala perempuan didalam dunia ini barang yang datang kepadanya setenggah ditaruhnya dan setenggah diperbuat barang kehidupanya.maka datang tanda hitam pada dahi Nabi allah Adam.sehingga seluruh tubuh Nabi Adam menjadi hitam.maka dukacitalah Adam akan takut akan penyakit.lalu berkata Adam kepada Jibril."Ya Jibril apakah yang berlaku ini keatas hamba.maka berkata Jibril.inilah hukum tuhan ke atas tuan hamba,dan sekiranya tuan hamba ingin kembalikan tubuh tuan hamba ini menjadi puteh maka tuan hamba harus berpuasa.maka diturutkanlah Nabi Adam akan kata Jibril itu.sehingga sehari kesehari Nabi Adam berpuasa sampai ia kepada tiga hari lalu seluruh tubuh Nabi adam puteh semuanya.maka dengan kudrat Allah taala segala orang solleh puasa itu akan mengikut sunnah Nabi Allah Adam pada tiga belas dan pada lima belas hari bulan. dipuasakan Nabi Allah Adam pada tiap2 bulan.Maka pada Nabi Allah Adam difardhukan Allah taala maka dinamai puasa itu (Yaumi .....kurang jelas)yang bermaksud yang puteh. maka puasa itu hingga datang kepada Nabi yang kemudian dikerjakan mereka itu.
Adam pun diam lah dinegeri serindit.maka dianugerahkan Nabi Allah Adam beranak dua orang sekali keluar,seorang lelaki dan seorang perempuan. pada masa itu segala perempuan beranak terlalu mudah dan jadinya terlalu banyak dan matinya lambat.maka banyaklah anak Nabi Allah Adam kira kira sepuluh orang perempuan.maka dijodohkan anak  lelaki yang keluar dahulu itu dan duduknya dengan anak perempuan yang keluar kemudian..hanya banyaklah anak cucu Nabi Adam hingga daripada Nabi Adam kepada Nabi Syit a.s dua ribu tahun lamanya. hanya lima orang jua yang mati.darikerana pada seorang mereka itu seribu dua ratus tahun dan seribu tiga ratus tahun.maka wafat lah Nabi Allah Adam a.s.


Sekianlah kisah Nabi Adam a.s,semoga dengan cerita ini dapatlah kita lebih mendekati hati kita dengan para Ambia-Ambia. In Sya Allah kalau dipanjang kan umur disambungkan pula kisah anak Nabi adam a.s ia itu Habil dan Qabil.



__ bersambung, In Sya  Allah__

No comments:

Post a Comment