Enam kitab hadis
utama
Enam kitab hadis
utama (Bahasa Arab: الكتب السته; al-Kutub
al-Sittah) merujuk kepada koleksi hadis oleh cendekiawan Muslim yang dibukukan
kira-kira 200 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan atas inisiatif
mereka, menghimpun ''Hadis'' baginda. Himpunan ini kadangkala (silap) digelar
sebagai Al-Sihah al-Sittah, yang bermaksud "enam yang sah".
Muslim Sunni melihat
enam kitab hadis utama ini sebagai himpunan hadis yang terpenting. Berikut
merupakan senarai kitab-kitab tersebut, mengikut aturan ketulenan[1]:
Sahih Bukhari, himpunan Imam Bukhari (m.
870), mengandungi 7275 ahadith
Sahih Muslim, himpunan Imam Muslim (m.
875), mengandungi 9200 ahadith
Sunan al-Sughra, himpunan Imam Nasa'i (m.
915)
Sunan Abu Daud, himpunan Imam Abu Daud (m.
888)
Jami' at-Tirmizi, himpunan Imam Tirmidzi
(m. 892)
Sunan Ibnu Majah, himpunan Imam Ibnu Majah
(m. 887)
Dua yang pertama,
lazimnya dirujuk sebagai Dua Sahih sebagai tanda ketulenan mereka, mengandungi
sekitar 7 ribu hadis semuanya, tanpa mengira yang berulang, mengikut Ibnu
Hajar.[2]
Kitab Sahih Bukhari
merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam Bukhari (nama
lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah
al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah.
Koleksi hadis yang
terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan
penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan
hadis yang terbaik kerana Imam Bukhari menggunakan kriteria yang sangat ketat
dalam menyeleksi hadis-hadis peringkat paling sahih. Maka tidak hairanlah jika
orang Islam ahli sunah wal-jamaah mengganggap Sahih Bukhari sebagai Kitab yang
kedua paling murni selepas Kitabullah. Imam Bukhari menghabiskan waktu selama
16 tahun untuk menyusun koleksi ini dan menghasilkan 2,602 hadis dalam kitabnya
(9,802 dengan perulangan). Semua hadis-hadis sahih disusun mengikut 70 kategori
berpautan dimana setiap satu kategori mewakili satu kitab.
Kitab Permulaan Wahyu
Kitab Iman
Kitab Ilmu
Kitab Wudhu'
Kitab Mandi
Kitab Haid
Kitab Tayammum
Kitab Solat
Kitab Waktu-Waktu Solat
Kitab Azan[1]
Kitab Solat Jumaat
Kitab Haji[2]
Kitab Puasa
Kitab Solat Tarawih [dan I'tikaf]
Kitab Jual Beli
Kitab Salam (Tempah, Pemesanan)
Kitab Syuf'ah (Penyewaan)
Kitab Ijarah (Upah)
Kitab Wakalah (Perwakilan)
Kitab tentang Berladang dan Bercucuk Tanam
Kitab Distribusi Air (Pengairan)
Kitab Masalah Hutang
Kitab Dalam Perselisihan (Pertengkaran)
Kitab Luqathah (Barang Temuan)
Kitab Tentang Perbuatan-Perbuatan Zalim
Kitab Syirkah (Perseroan)
Kitab Penggadaian
Kitab Pembebasan Hamba
Kitab Hibah (Hadiah) dan Keutamaannya
Kitab Syahadah (Persaksian)
Kitab Perdamaian
Kitab Persyaratan[3]
Kitab Wasiat
Kitab Jihad dan Ekspedisi
Kitab Permulaan Makhluk
Kitab Manaqib (Biografi)[4]
Kitab Berbagai Keutamaan Shahabat-Shahabat
Nabi
Kitab Perang[5]
Kitab Tafsir[6]
Kitab Nikah
Kitab Thalaq
Kitab Nafkah
Kitab Makanan
Kitab Akikah
Kitab Sembelihan-Sembelihan, Berburu, dan
Membacakan Bismillah atas Hewan Buruan
Kitab Korban-Korban
Kitab Minuman
Kitab Musibah Sakit
Kitab Pengubatan
Kitab Mengenai Makanan[7]
Kitab Adab (Budi Pekerti)
Kitab Isti`dzan (Memohon Izin)
Kitab Do'a-Do'a
Kitab Kalimat-Kalimat yang Melunakkan Hati
Kitab Ketentuan Allah
Kitab Sumpah dan Nadzar
Kitab Kafarat Sumpah
Kitab Faraidh (Hukum Waris)
Kitab Had (Pidana) dan Apa yang Harus
Dihindari dari Had
Kitab yang Menjelaskan Orang-Orang yang
Diperangi Terdiri dari Orang-Orang Kafir dan Orang-Orang yang Harus Diperangi
dari Orang-Oang Murtad Sehingga Mereka Meninggal Dunia[8]
Kitab Diyat (Tebusan Kejahatan)
Kitab Orang-Orang Murtad dan Orang-Orang
yang Menentang Diminta Bertaubat, dan Peperangan Terhadap Mereka
Kitab Pemaksaan
Kitab Helah (Upaya Tersembunyi)
Kitab Tafsir Mimi
Kitab Fitnah-Fitnah (Ujian/Siksaan)
Kitab Hukum-Hukum
Kitab Harapan Jauh (Angan-Angan)
Kitab Berpegang kepada Qur'an dan Sunnah
Kitab Tauhid[9]
Sahih Bukhari
mempunyai 70 kitab menurut terjemahan Ahmad Sunarto dkk. Sedangkan menurut
terjemahan M. Muhsin Khan, 93 kitab.[10] Hal ini terjadi akibat beberapa
perbezaan dalam pembahagian kitab. Misalnya Kitab Solat menurut terjemahan
Ahmad Sunarto dkk[1] terhitung sebagai dua kitab dalam terjemahan M. Muhsin
Khan, iaitu Book of Prayers (Salat) dan Book of Virtues of the Prayer Hall
(Sutra of the Musalla).[10]
↑ Jump up to: 1.0 1.1 (Indonesia) Achmad
Sunarto dkk. Tarjamah Shahih Bukhari, Jilid I. CV Asy Syifa`, Semarang. Cetakan
Pertama, Desember 1991.
Jump up ↑ (Indonesia) -----. Tarjamah
Shahih Bukhari, Jilid II. CV Asy Syifa`, Semarang. Cetakan Pertama, Maret 1993.
Jump up ↑ (Indonesia) -----. Tarjamah
Shahih Bukhari, Jilid III. CV Asy Syifa`, Semarang. Cetakan Pertama, Februari
1992.
Jump up ↑ (Indonesia) -----. Tarjamah
Shahih Bukhari, Jilid IV. CV Asy Syifa`, Semarang. Cetakan Pertama, Maret 1993.
Jump up ↑ (Indonesia) -----. Tarjamah
Shahih Bukhari, Jilid V. CV Asy Syifa`, Semarang. Cetakan Pertama, Mei 1993.
Jump up ↑ (Indonesia) -----. Tarjamah
Shahih Bukhari, Jilid VI. CV Asy Syifa`, Semarang. Cetakan Pertama, Juli 1993.
Jump up ↑ (Indonesia) -----. Tarjamah
Shahih Bukhari, Jilid VII. CV Asy Syifa`, Semarang. Cetakan Pertama, Juli 1993.
Jump up ↑ (Indonesia) -----. Tarjamah
Shahih Bukhari, Jilid VIII. CV Asy Syifa`, Semarang. Cetakan Pertama, Juli
1993.
Jump up ↑ (Indonesia) -----. Tarjamah
Shahih Bukhari, Jilid IX. CV Asy Syifa`, Semarang. Cetakan Pertama, Juli 1993.
Pendahuluan Sahih
Bukhari
Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia
ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya
kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.
Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya
atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai
dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.” [0001]
1. Dari ‘Aisyah r.ha : Harits bin Hisyam r.a pernah bertanya
kepada Rasulullah saw, “Bagaimanakah caranya wahyu turun kepada anda
(Rasulullah saw)? Jawab Rasulullah saw, “Kadang-kadang wahyu itu datang
kepadaku (kedengaran) seperti bunyi loceng. Itulah yang sangat berat bagiku.
Setelah bunyi tu berhenti, lantas aku mengerti apa yang dikatakannya.
Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang laki-laki
datang kepadaku. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang dikatakannya.
Kata ‘Aisyah r.ha, “Aku pernah melihat Nabi saw, ketika
wahyu turun kepada beliau pada suatu hari yang amat dingin. Setelah wahyu itu
berhenti turun, kelihatan dahi Nabi saw bersimbah peluh.” (Hadis 0002)
2. Dari ‘Aisyah r.ha : Wahyu yang mula-mula turun kepada
Rasulullah saw ialah berupa mimpi-mimpi baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi
itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati
beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira.
Iman
3. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, "Tidak
sempurna iman seseorang kamu sebelum ia menyukai untuk saudaranya (sesama
Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri." (Hadis 0010)
4. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
"Tanda orang munafik ada tiga :
• Apabila berbicara ia dusta
• Apabila ia berjanji ia menyalahi janji
• Apabila dipercaya ia berkhianat." (Hadis 0027
5. Dari Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Memaki
orang muslim adalah derhaka (fasik) dan membunuhnya kafir." (Hadis 0040)
6. Dari Abu Mas’ud r.a : Nabi saw bersabda,”Apabila seorang
laki-laki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala)
nafkah itu sama dengan (pahala) sedekah.” [Hadis 0045]
Ilmu
7. Dari Abu Hurairah r.a : Pada suatu ketika Nabi saw sedang
berbicara dengan orang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang
seorang Arab Dusun menanyakan kepada beliau, ‘Bilakah datangnya saat (kiamat)?’
Nabi saw tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan
pembicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Nabi saw yang demikian itu,
sementara orang mengatakan Nabi saw mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau
tidak menyukainya dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya.
Setelah Nabi saw selesai berbicara, beliau bertanya, “Di
mana orang yang bertanya perkara saat (kiamat) tadi?”
Orang itu menyahut, “Saya! Ya Rasulullah!”
Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan
orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).”
Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?”
Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan
kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat
(kiamat/kehancuran)[Hadis 0049]
Pengajaran Hadis:
(a). Menyerahkan sesuatu urusan atau pekerjaan kepada orang
bukan ahlinya bermaksud menyerahkan sesuatu urusan atau pekerjaan kepada orang
yang tidak mengerti, tidak cekap, tidak jujur lalu akibatnya adalah kehancuran
atau kebinasaan.
(b). Mengajarkan kita tatatertib bertanya dalam majlis,
iaitu jika bertanya janganlah memotong pembicaraan orang yang sedang berbicara,
kerana ia dapat mengganggu pembicara dan pendengar. Tunggulah saat yang
bersesuaian untuk bertanya.
8. Dari Humaid bin Abdurrahman r.a : Beliau mendengar
Muawiyah berkhutbah, katanya Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa dikehendaki
Allah akan beroleh kebaikan, diberi-Nya pengertian dalam hal agama. Saya (Nabi
saw) hanya membagi-bagikan, sedang yang memberi ialah Allah(1).
Selama (umat Islam) berdiri teguh di atas agama Allah, tidak
satu pun penentang-penentang mereka yang sanggup membinasakan mereka sampai
kiamat datang.” [Hadis 0058]
NOTAKAKI : (1)Maksud Nabi saw membagi-bagikan adalah
menyiarkan, menyampaikan ilmu; sedang yang memasukkan ilmu itu ke dalam hati
manusia ialah Allah SWT.
9. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang:
(a). Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya
untuk yang hak, dan
(b). Orang yang diberi oleh Allah hikmah (ilmu yang hak),
kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya.” [Hadis 0059]
10. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah saw merangkul saya
(Ibnu Abbas) dan mendoakan, “Ya Allah, ajarkanlah kepadanya al-kitab (kitab
Al-Quran).” [Hadis 0061]
12. Dari Abu Hurairah r.a : Ada orang bertanya kepada Nabi
saw, ‘Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaat (pertolongan) Anda
(Nabi saw) di hari kiamat?’
Jawab Nabi saw, “Saya kira, hai Abu Hurairah, belum ada
orang bertanya perkara ini kepadaku sebelum ini. Mungkin barangkali kerana saya
lihat engkau sangat rakus (ingin mendapat sesuatu dengan banyak) mendapatkan
hadis.
Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku hari
kiamat, ialah orang yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’, benar-benar ikhlas
dari hati sanubari dan seluruh jiwanya.” [Hadis 0075]
Penjelasan Hadis : Mengucapkan kalimah ‘Laa ilaaha
illallaah’ dengan ikhlas akan membuahkan keperibadian yang baik. Dari
keperibadian yang baik timbul amal yang baik. Oleh sebab itu mereka akan
memperoleh syafaat Nabi saw di hari kiamat. Ikhlas beerti juga bebas syirik.
13. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Nabi saw bersabda,
“Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari
hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama).
Apabila orang berpengetahuan telah punah (hilang/lenyap),
maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan
dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu;
mereka sesat dan menyesatkan. [Hadis 0076]
Penjelasan Hadis : Kemajuan sesuatu umat bergantung kepada
jumlah ulama dan orang terpelajarnya, kerana merekalah yang memimpin dan
membimbing umat itu. Pemimpin yang bodoh akan memimpin umatnya (masyarakat)
menuju kebinasaan.
14. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Namailah
dirimu dengan namaku (Muhammad) dan jangan memakai gelaranku.
Siapa yang bermimpi melihat aku dalam tidurnya, sebenarnya
ia melihatku kerana syaitan tidak mampu menjelma seperti aku.
Dan siapa yang sengaja berdusta (membuat hadis palsu) atas
namaku, maka biarlah dia menempati tempatnya di neraka.” [Hadis 0080]
Hari Raya
15. Dari Anas r.a : Biasanya Nabi saw sebelum pergi solat
aidilfitri, lebih dahulu beliau memakan buah kurma beberapa butir. [Hadis 0512]
16. Dari Ibnu Abbas r.a : Saya (Ibnu Abbas) pernah solat
hari raya bersama Rasulullah saw, Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Utsman r.a.
Mereka itu semuanya solat lebih dahulu sebelum berkhutbah. [Hadis 0516]
17. Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersolat ‘Idul Fitri dua
rakaat. Beliau tidak solat sebelum dan sesudahnya.
Kemudian beliau pergi ke tempat para wanita bersama bilal.
Beliau menyuruh mereka bersedekah. Maka mereka bersedekah; ada yang
menyedekahkan anting-anting dan ada pula yang menyedekahkan kalungnya. [Hadis
0517]
18. Dari Ummu ‘Athiyah r.ha : Kami diperintahkan pergi solat
‘Id (solat Hari raya) bahkan anak-anak gadis keluar dari pingitannya (dalam
jagaan).
Begitu juga wanita-wanita yang sedang haid, tetapi mereka
ini hanya berdiri saja di belakang orang ramai, turut bertakbir dan berdoa
bersama-sama. Mereka mengharapkan beroleh berkat dan kesucian pada hari itu.
[Hadis 0520]
19. Dari Jundab r.a : Nabi saw mula-mula melakukan solat
(bersolat terlebih dahulu) ‘Idul Adha, kemudian beliau berkhutbah dan sesudah
itu beliau menyembelih korban.
Nabi saw bersabda, “Siapa yang menyembelih korban sebelum
solat, hendaklah menyembelih lagi yang lain (sesudah solat) sebagai gantinya.
Siapa yang belum menyembelih, hendaklah menyembelih dengan nama Allah.” [0524]
20. Dari Jabir r.a : Biasanya pada hari raya, Nabi saw
menempuh (melalui) jalan pulang, lain daripada jalan yang telah ditempuh
(dilalui) beliau untuk pergi. [0525]
Solat Tahajjud
21. Dari Ibnu Abbas r.a : Apabila Rasulullah saw bangun
tengah malam hendak solat tahajjud, Nabi saw membaca :
(Wahai Allah.. Untuk-Mulah segala puji. Engkau penanggung
langit dan bumi beserta isinya. Untuk-Mulah segala puji. Penguasa langit dan
bumi dan segala isinya. Untuk-Mulah segala puji ; Cahaya langit dan bumi.
Untuk-Mulah segala puji. Engkau Maha Benar, janji-Mu Maha
Benar, menemui Engkau (di akhirat) Maha Benar, syurga Maha Benar, neraka Maha
Benar, para Nabi Maha Benar dan Muhammad sollallaahu ‘alaihi wassalam Maha
Benar dan hari kiamat Maha Benar.
Wahai Allah.. Saya pasrah kepada-Mu dan dengan Engkau aku
beriman, kepada Engkau aku menyerah dan kepada Engkau aku kembali; dan kerana
(mempertahankan agama) Engkau aku bermusuhan dan kepada Engkau aku meminta
hukum.
Kerana itu ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terakhir,
ampunilah apa yang ku rahsiakan mahupun yang ku nyatakan. Engkaulah yang
mendahulukan dan yang mengemudiankan, tidak ada tuhan melainkan hanya Engkau
dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan di tangan Engkau ). [0581]
22. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Waktu
seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk
setiap simpul ia (syaitan) mengatakan, ‘Tidurlah engkau sepanjang malam’.
Ketika terbangun, lalu dia (orang yang tidur) menyebut nama
Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika berwudhu’, lepas pulalah satu simpul.
Dan jika dia solat terbukalah seluruh simpul.
Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan
badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba
tak enak dan malas.” [0599]
23. Dari Samurah r.a : Diceritakannya dari Nabi saw perihal
mimpi. Nabi saw bersabda, “Barangsiapa bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul
orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari Al-Quran tetapi tidak
diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.” [0600]
24. Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Allah tabaaraka wa ta’aala (Allah yang Maha Suci lagi Tinggi) turun
ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam.(Notakaki)
Dia (Allah) berfirman : ‘Barangsiapa berdoa kepada-Ku akan
Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Ku beri dia. Siapa
yang minta ampun, akan Ku ampuni dia.” [0602]
(Tambahan oleh Koleksi Hadis : Notakaki : Turunnya Allah ke
langit dunia – Hendaklah kita biarkan seperti mana adanya, iaitu tanpa:
(1). Takyif (mempersoalkan kaifiatnya/hakikatnya)
(2). Tasybih (penyerupaan)
(3). Ta’thil (penolakan)
Wajar saya tambahkan kata-kata Na’im bin Hammad al-Khuza’i
(guru Imam al-Bukhari). Beliau mengatakan, ‘Barangsiapa menyerupakan Allah
dengan makhluk-Nya, maka ia kafir. Dan barangsiapa mengingkari sifat yang telah
Allah berikan untuk diri-Nya sendiri, bererti ia juga telah kafir.”
Barangsiapa yang menetapkan bagi Allah Ta’ala setiap apa
yang disebutkan oleh Al-Quran yang jelas dan hadis-hadis sahih dengan
pengertian yang sesuai dengan kebesaran Allah, serta menafikan kekurangan-Nya,
bererti ia telah menempuh jalan petunjuk. (RUJUKAN : Tafsir Ibn Katsir – Tafsir
Surah Al-A’raaf [7] : Ayat 54 pada mukasurat : 392)
Solat Istikharah
25. Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw mengajarkan
kepada kami solat istikharah untuk segala urusan, seperti dia mengajarkan
kepada kami surah Al-Quran.
Sabda Beliau (Nabi saw), “Apabila seseorang kamu hendak
melakukan sesuatu pekerjaan, lebih dahulu hendaklah solat dua rakaat yang bukan
fardhu (solat sunat), kemudian membaca doa:
Terjemahan : Wahai Allah. Sesungguhnya aku mohon pilihan
kepada Engkau dengan ilmu Engkau, dan mohon kuasa kepada Engkau dengan
kekuasaan Engkau, dan aku meminta kepada Engkau kurnia-Mu yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak (ber)kuasa. Dan Engkau Maha
Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkau Maha Tahu segala yang ghaib.
Wahai Allah. Jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini baik
bagi agamaku, bagi kehidupanku dan akibat kesudahannya, maka berilah aku
kesanggupan untuk melaksanakannya serta mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikan
berkat bagiku padanya.
Dan jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini tidak baik
bagi agama, kehidupan serta akhir kesudahannya, maka singkirkanlah ia dariku
dan jauhkanlah aku daripadanya serta tukarlah bagiku dengan yang lebih baik
daripadanya, kemudian redhailah dia bagiku .” [0612]
26. Dari Abu Qatadah bin Rib’i Al- Anshari r.a : Nabi saw
bersabda, “Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid, janganlah duduk lebih
dahulu sebelum solat dua rakaat.” [0613]
27. Dari Jabir r.a : Rasulullah saw bersabda ketika Beliau
sedang berkhutbah, katanya “Apabila seseorang kamu masuk masjid dan imam sedang
berkhutbah, atau dia telah datang untuk itu, solatlah kamu lebih dahulu dua
rakaat (sebelum duduk).” [0615]
28. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw berpesan kepadaku
supaya aku melakukan solat dhuha dua rakaat. [0616]
29. Dari ‘Aisyah r.ha : Tidak ada solat Nawafil (sunat) yang
lebih diutamakan oleh Nabi saw dari solat sunat lainnya selain daripada dua
rakaat sunat fajar. [0617]
30. Dari ‘Aisyah r.ha : Rasulullah saw melakukan dua rakaat
solat sunat sebelum subuh dengan cara yang ringan, sehingga aku tertanya-tanya
dalam hatiku adakah Nabi saw membaca Al-Fatihah (atau tidak). [0618]
Madinah
31. Dari Anas r.a : Nabi saw bersabda, “Kota Madinah haram
(kota suci) dari batas situ ke situ. Pohonnya tidak boleh ditebang dan tidak
boleh melakukan kejahatan di dalamnya. Barangsiapa melakukan kejahatan, ia akan
mendapat kutuk(an) Allah, kutuk malaikat dan manusia seluruhnya.” [0908]
32. Dari Abu Bakrah r.a : Nabi saw bersabda, “Tidak akan
dapat masuk ke Madinah, Al-Masih Ad-Dajjal yang ditakuti. Madinah ketika itu mempunyai
tujuh buah pintu. Pada tiap-tiap pintu terdapat dua orang malaikat.” [0919]
33. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Di
jalan-jalan masuk ke Madinah ada malaikat. Kerana itu tidak dapat masuk ke
dalamnya penyakit taun (penyakit berjangkit) dan tidak pula Dajjal. [0920]
34. Dari Anas bin Malik r.a : Nabi saw bersabda, “Semua
negeri akan diinjak oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di mana setiap
jalan masuk ke dalam kedua kota itu dijaga oleh malaikat dengan berbaris.
Kemudian Madinah goncang (dengan) tiga kali goncangan, maka ketika itu Allah
SWT mengeluarkan semua orang kafir dan munafik.” [0921]
35. Dari Anas r.a : Nabi saw bersabda, “Wahai Allah,
Turunkanlah berkah berganda di Madinah, sebagaimana yang telah Engkau turunkan di
Mekah.” [0925]
Puasa
36. Dari Umar r.a, katanya : Siapakah yang hafal sebuah
hadis dari Nabi saw berkenaan dengan fitnah?
Jawab Hudzaifah : Aku mendengar Nabi saw bersabda, “Fitnah
seseorang dalam keluarganya, dalam hartanya dan tetangganya dapat ditutup
(dihapuskan) oleh solat, puasa dan sedekah.” [0929]
37. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil
dari beberapa pintu syurga. Wahai hamba Allah! Inilah kebaikan!
Maka siapa yang mengerjakan solat ia akan dipanggil dari
pintu solat; siapa yang ikut berperang ia akan dipanggil dari pintu jihad;
siapa yang puasa ia akan dipanggil dari pintu Rayyaan; dan siapa yang
bersedekah ia akan dipanggil dari pintu sedekah.”
Kata Abu Bakar r.a, ‘Aku tebus engkau dengan bapa dan ibuku,
hai Rasulullah. Tiadalah suatu kesukaran bagi orang-orang yang dipanggil dari
pintu-pintu itu, dan adakah seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?’
Jawab Nabi saw, “Ya, dan aku mengharapkan supaya engkau
termasuk dalam golongan mereka itu.” [0931]
38. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan semua pintu syurga.” [0932]
39. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Apabila tiba bulan Ramadhan; dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan
dibelenggu syaitan.” [0933]
Jual Beli
40. Dari Nu’man bin Basyir r.a : Nabi saw bersabda, “Yang
halal sudah nyata, yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara
yang meragukan. Barangsiapa meninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya,
biasanya orang itu meninggalkan pula apa yang sudah nyata berdosa.
Dan siapa yang berani melakukan apa yang masih diragukan
tentang dosanya, dikhuatirkan ia jatuh pada perkara yang nyata dosanya.
Segala macam maksiat adalah larangan Allah. Barangsiapa
bermain-main sekitar larangan Allah, dikhuatirkan ia akan jatuh ke dalamnya.”
[1006]
41. Dari ‘Aisyah r.a : Bahawasanya orang banyak bertanya
kepada Rasulullah saw, katanya, ‘Ya Rasulullah, suatu kaum memberi kami daging
yang kami tidak tahu apakah mereka menyebut nama Allah (waktu menyembelih) atau
tidak.’ Jawab Rasulullah saw, “Sebutlah nama Allah dan makanlah.” [1011]
42. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Bakal datang
di suatu masa di mana orang tiada (ambil) peduli akan apa yang diambilnya;
apakah dari yang halal ataukah dari yang haram.” [1012]
43. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Barangsiapa ingin supaya dipermudahkan (oleh Allah) rezekinya atau
dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahmi
(hubungan kasih sayang).” [1016]
44. Dari Miqdam r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada
makanan yang dimakan seseorang, sekali-kali tidak (ada) yang lebih baik
daripada memakan makanan hasil usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah
Dawud a.s makan dari hasil usaha tangan beliau sendiri.” [1019]
45. Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Allah mengasihi orang yang murah hati ketika menjual, ketika membeli dan
ketika menagih (hutang).” [1020]
46. Dari ‘Aisyah r.a, katanya : Ketika akhir surah
Al-Baqarah diturunkan, Nabi saw membacakannya kepada kepada orang banyak di
masjid, kemudian beliau mengharamkan perdagangan khamar (arak atau minuman yang
memabukkan). [1026]
47. Dari ‘Aun bin Abu Juhaifah r.a, katanya : Saya melihat
bapa saya membeli seorang hamba sahaya yang pandai membekam (ketika perhambaan
masih dibolehkan), lalu saya bertanya kepada bapa.
Jawab beliau, “Nabi saw hanya melarang jual-beli anjing dan
jual-beli darah; kemudian beliau melarang pula mencacah dan dicacah (mentatoo
dan pembuat tattoo), memakan riba dan member orang supaya memakannya; dan
beliau (Nabi saw) mengutuk orang yang membuat patung. [1027]
48. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sumpah
itu melariskan dagangan, tetapi menghapus keberkatan.” [1028]
49. Dari Abu Musa r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Perumpamaan duduk dengan orang baik-baik dibandingkan dengan duduk berserta
orang jahat, seumpama pemilik kasturi dengan dapur tukang besi.
(Ertinya), engkau tidak akan lepas dari (bau) pemilik
kasturi itu. Adakalanya engkau membeli kasturi itu atau sekurang-kurangnya
mencium-cium baunya. Sedangkan dapur tukang besi membakar tubuh mu atau
sekurang-kurangnya engkau mencium bau busuk.” [1033]
50. Dari ‘Aisyah r.a : ‘Aisyah, Ummul Mukminin r.a
menceritakan bahawa dia membeli sebuah bantal kecil yang bergambar-gambar.
Ketika Rasulullah saw melihat bantal itu, beliau berdiri sahaja di pintu tidak
jadi masuk. Kemudian ku lihat di wajah beliau bahawa beliau benci.
Lalu kata ku, “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan
Rasul-Nya. Apakah kiranya kesalahan ku?”
Jawab Rasulullah saw, “Apakah perlunya bantal itu?” Jawab
ku, “Saya beli untuk Tuan, untuk tempat duduk Tuan dan untuk sandaran Tuan.”
Sabda Nabi saw, “Sesungguhnya pemilik gambar-gambar seperti
itu bakal disiksa pada hari kiamat. Dikatakan kepada mereka, ‘Hidupkanlah apa
yang kamu buat’.” Selanjutnya Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya rumah yang di
dalamnya terdapat gambar-gambar, tidak dimasuki malaikat.” [1037]
51. Dari Abu Sa’id r.a, menceritakan : Rasulullah saw
melarang Munabazah. Iaitu, melemparkan kainnya kepada yang lain dalam jual
beli, sebelum dibalik-balik atau dilihatnya kain itu dan beliau melarang
Mulamasah, iaitu menyentuh kain yang tidak dilihat. [1061]
Penjelasan :
Munabazah : Seseorang yang menjual sesuatu barang kepada
pembeli sebelum pembeli tersebut melihat-lihat barang tersebut.
Mulamasah : Memegang sesuatu barang yang hendak dibeli tanpa
melihatnya. (Apabila menyentuh sesuatu barang, maka dikira atau dipaksa
membelinya).
52. Dari Anas bin Malik r.a, katanya : Rasulullah saw
melarang melakukan jual beli Muhaqalah, Mukhadharah, Mulamasah, Munabazah dan
Muzabanah.” [1085]
Penjelasan :
a. Muhaqalah (sewa menyewa tanah dengan bagi hasil).
b. Mukhadarah (menjual buah-buahan di pokok yang belum pasti
baik atau tidak, termasuk ‘Zuru’, iaitu padi, jagung, gandum dan sebagainya).
c. Mulamasah(Memegang sesuatu barang yang hendak dibeli
tanpa melihatnya).
d. Munabazah (Seseorang yang menjual sesuatu barang kepada
pembeli sebelum pembeli tersebut melihat-lihat barang tersebut).
e. Muzabanah (Menjual buah yang basah dengan buah yang
kering atau menjual padi kering dengan padi yang basah atau apa-apa yang menipu
dalam penjualan. Contoh zaman ini, menipu menjual suratkhabar lama dengan
dibasahkan separuh atau menjual tin aluminium dengan meletakkan batu atau pasir
supaya menjadi lebih berat).
53. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Demi
Allah yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Sesungguhnya akan turun kepada mu
Ibnu Maryam (Nabi Isa a.s) menjadi halim yang adil. Maka dipecahnya salib,
dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak dan harta kekayaan akan melimpah ruah
sehingga tidak seorang pun yang mahu menerima.” [1090]
54. Dari Jabir bin Abdullah r.a, katanya : Ia mendengar
Rasulullah saw bersabda di Mekah pada tahun penaklukan Mekah, sabdanya :
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan menjual minuman yang memabukkan,
bangkai, babi dan berhala.”
Lalu ditanyakan orang kepada beliau, ‘Ya Rasulullah,
bagaimanakah tentang lemak bangkai? Lemak itu gunanya untuk melumuri perahu,
untuk meminyaki kulit dan dijadikan lampu oleh orang banyak.
Jawab Nabi saw, “Tidak boleh, itu haram.”
Kemudian beliau (saw) menambahkan, “Dikutuk Allah kiranya
orang Yahudi. Setelah Allah mengharamkan lemaknya, mereka hancurkan kemudian
mereka jual dan setelah itu mereka makan wang harganya.” [1096]
55. Dari Abu Mas’ud Al-Anshari, katanya : Rasulullah saw
melarang tentang harga (jual beli) anjing, membayar mahar penzina dan membayar
tukang tenung (peramal). [1097]
Tambahan : Termasuk larangan membayar tukang tenung zaman
ini adalah mesin-mesin melihat peramal takdir seperti yang ada di
pasaraya-pasaraya.
Ijarah (mengupah, menerima upah, menyewa atau mempersewakan)
56. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Allah tidak
mengutus seorang Nabi melainkan orang itu gembala kambing. Para sahabat
bertanya, ‘Dan anda sendiri bagaimana?’
Jawab Nabi saw, “Ya, aku pernah gembala kambing orang Mekah
dengan (upah) beberapa qirath (nama mata wang lama). [1105]
Hawalah (memindahkah hak pembayaran hutang)
Contoh Hawalah : A berhutang pada B dan B berhutang pada C.
Dengan persetujuan ketiga-tiganya, A terus membayar hutangnya kepada C.
57. Dari Abu Hurairah : Rasulullah saw bersabda, “Orang kaya
(berkemampuan) yang melambat-lambatkan (membayar hutang, zakat harta dan
lain-lain kewajipan yang perlu dibayarnya) adalah zalim. Apabila seorang di
antara mu dipindahkan hutang piutangnya kepada orang yang berpunya (kaya)
hendaklah diturutinya (ditagih).” [1111]
Pertanian
58. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang Muslim
yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung,
manusia atau binatang maka orang yang menanam itu mendapat pahala.” [1126
59. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa
yang memelihara anjing; selain anjing penjaga perkebunan atau penjaga ternak
maka pahala amal orang itu berkurang setiap harinya satu ‘qirath’ (ukuran
timbangan yang bermaksud sebahagian).
Dalam sebuah riwayat lain : “Selain anjing penjaga kambing,
perkebunan atau untuk berburu.” [1128]
60. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Siapa yang mempunyai tanah, hendaklah tanah itu ditanaminya atau
berikan kepada saudaranya. Seandainya ia tidak suka memberikannya kepada
No comments:
Post a Comment