Monday 24 February 2014

KISAHNABI SHYIT

KISAH NABI SHYIT

Bermula diceritakan ahli tafsir tatakala sudah mati Habil maka dianugerahkan Allah taala akan Nabi Adam dan Hawa beranak seorang lelaki maka dinamai Syit,antara beberapa tahun maka Shyit pun besarlah.maka terlalu kasih akan Nabi Adam akan dia,maka adalah perangai dan akhlak pun terlalu amat baik, daripada anak cucu Adam yang lain.lagi sangat ia takut pada Allah taala.maka dapat diketahui akan dia akan dapat diganti akan dia,maka sangatlah ia kasih akan shyit itu.maka Adam pun sakit,maka pada suatu hari teringatlah adam akan makanan syurga,maka berkata Nabi Adam kepada anaknya Shyit."Hai anak ku,terlalu sangatlah ingin hati ku ingin makan buah kayu didalam syurga.maka menangis Nabi Adam dengan tangisan yang amat sangat.mintak doa akan dikau akan aku kepada Allah taala supaya supaya dianugerahkan akan daku buah-buah kayu didalam syuga itu." maka sahut Shyit,"Wahai bapak ku,kerana tuan hamba bapak kami sekalian sepatutnya bapak jua yang mintak doa akan kami semua,maka kata Nabi Adam,aku amat malu dengan tuhan ku,kerana dosaku itu.Maka pergilah Shyit keatas sebuah bukit,apabila samapai Shyit kesana maka mintak doa lah akan Shyit."Ya tuhan ku, sesusngguhnya engkau lah tuhan yang mengetahui akan segala suatu ya tuhan ku.anugerah kiranya akan khalifah Adam buah kayu dari dalam syurga,kerana sangatlah hasrat bapak ku itu hendak makan akan dia,maka pada ketika itu jua turun Jibril a.s dengan seorang bidadari membawak tabok daripada emas yang merah.didalam Tabok itu ada beberapa macam buahan dari syurga.setengah disebut oleh pentafsir.Anggur,Delima,Bidara,Limau manis yang tiada berbiji dan berbagai lagi sehingga sepuluh jenis semuanya.dan Tabok itu dibawa oleh bidadari yang memakai sutera yang amat tipis terlalu sangat indah indah rupanya dan bercahaya cahaya gilang gemilang.maka Jibril pun berkata kepada Shyit,kembalilah engkau kepada bapak mu hai anak Nabi Adam,maka Shyit pun kembali kepada bapaknya maka duduklah ia disisinya.maka berkata Nabi Adam."mana buah kayu syurga itu yang dipohonkan pada tuhan ku?". sahut Nabi Shyit,disuruh Jibril akan hamba kembali,lalu Jibril pun datang dengan seorang bidadari membawa Tabok,maka dibawa bidadari Tabok itu kehadapan Nabi Adam.setelah dilihat Nabi Adam akan Jibril dan bidadari membawa Tabok berisi buah buahan syurga itu,maka menangislah Nabi Adam.

In Sya Allah, bersambung.....

Saturday 1 February 2014

KISAH HABIL DAN QABIL

Dalam petikan Al Quran yang bermaksud."Bacakan oleh mu ya muhammad hikayat dua orang anak Adam ta'takala dikabulkan allah taala korban Habil dan tiada dikabulkan Allah taala kurban Qabil.maka ada seorang saudara perempuan Habil bernama Arapah dan saudara Qabil bernama Aklima,maka hendak dikahwinkan Nabi Adam Habil dengan Aklima,dan Qabil denga Arapah, maka tiada disuka Qabil akan Arapah kerana kurang rupa dan saudaranya yang lahir denganya itu namanya Aklima baik rupanya.maka berkata Nabi Adam,tiada diharuskan Allah Taala kahwin yang demikian itu.maka dengan itu dikahwinkan Habil juga dengan Aklima kerana tidak diharuskan berkahwin dengan saudara sama jadi denganya.maka pada suatu hari berkata Qabil kepada Habil.bagilah talaq akan isterimu Aklima.dan kembalikan pada aku menjadi isteriku.berkata Habil.bahawa yang mendudukan aku dengan saudara mu itu adalah dari firman bapak ku.maka mana firman bapak ku itu maka itulah yang aku kerjakanya.berkata qabil kepada habil,tiada engkau kembalikan saudara aku itu akan daku nescaya lagi akan ku bunuh dikau dengan tangan ku,dan ambil Iklima itu akan isteri ku maka sahut Habil,baiklah jika engkau hendak membunuh ku pun bahawa se nya aku tiada memanjangkan tangan ku membunh dikau bahawa se nya takut aku akan Allah tuhan sekalian alam. dimasukan akan aku kedalam neraka.maka ujar Qabil,maka akan terdengarlah akan bapaknya Nabi Adam.maka kata Nabi Adam.Hai Qabil jangan engkau berbunuh dahulu kerana ada dijadikan Allah taala hukum akan kita.maka pergilah kamu berdua membawa korban keatas bukit.maka barang yang diterima Allah taala kurban itu jua,maka barang tiada diterima Allah taala kurbannya itulah salah lakunya.maka Qabil pun mendengarlah kata bapaknya itu maka berkata Qabil."Hai Habil, marilah kita membawa korban seperti kata bapak kita itu.maka sahut Habil, baiklah. maka pada esok hari dibawaklah keduanya seorang se ekor kambing.lalu di sembelihnya lah kambing itu,lalu diletakan ditempat yang tinggi.maka berkata Habil"Ya tuhan ku,engkau jua tuhan yang ketahui lagi yang amat kuasa atas segala suatu,ya tuhan ku,barang kiranya kau perkenangkan kurban ku daripada korban Qabil daripada akan titah bapak ku itu akan khalipah mu.dan Qabil pun memintak doa yang berbunyi."Ya tuhan ku, engkau jua tuhan yang amat kuasa barang kiranya engkau perkenang korbanku daripada korban Habil,kerana saudara akan diambilnya akan isterinya tiada dengan suka hati ku. Setelah keduanya mintak doa dengan kudrat Allah taala turun api dari langit maka ditenukan korban Qabil dan tiada ditenukan korban Habil.maka setelah dilihatnya korban Qabil yang ditenu itu maka berkata seoarang mereka itu seperti firman Allah. < Qolainnama yataqobalullah huminalmuttaqim> telah berkata seorang mereka itu, bahawa se nya telah dikabulkan Allah taala barang yang takut akan dia jua.maka Qabil pun masam lah mukanya lalu kemabalilah dengan kemaluanya.Habil pun kembali akan bapaknya maka khabarkan kepada bapanya Nabi Adam bahawa korban Habil jua yang diperkenangkan Allah taala daripada korban Qabil.maka berkata Nabi Adam.bahawa Qabil itu tiada baik hatinya akan Habil, jikalau ia orang yang benar nescaya datanglah ia kepada aku dan berambil ia akan saudaranya Habil ini.dan berkata setenggah mereka itu,mari kita bunuh Qabil kerana sangat dendamnya akan Habil itu.maka ujar Nabi Adam, berlindung aku kepada Allah taala. sebagaimana kita perbunuh  orang yang tiada  membunuh seorang jua pun.maka diam lah mereka itu antara beberapa hari amaka Habil pun berjalan kepadang mencari untanya hilang, setelah waktu tenggah hari panasnya pun sangat dirasai maka Habil itupun bernaung dibawah pohon kayu yang besar di tenggah padang itu lalu tertidur ia disana.bermula Qabil pun berlalu mencari Habil kerana tiada dilihatnya dirumahnya maka lalu Qabil ke padang itu setelah ia sampai ke pohon itu maka dilihatnya Habil ada disana. tertidur tiada ia khabar. maka berbicaralah Qabil didalam hatinya,tiadalah aku berbicara lagi akan membunuh Habil ini maka Qabil pun hendak kembali setelah melihat Habil tidur tiada sedarkan diri.lalu dengan takdir Allah taala.maka datang lah syaitan merupakan seorang tua. maka datang ia kepada Qabil.dan ditanganya se ekor ular yang sudah mati,maka ujar Qabil,darimana engkau datang kemari,dan apa guna ular yang sudah mati itu.maka jawab Iblis,sungguhnya aku kasih akan dia tetapi apabila aku berjabat akan kepalanya lalu ia mematut akan tangan aku,lalau aku palu akan kepalanya dengan batu maka matilah ia.maka Habil saudaramu itu juga apalah gunanya,baiklah engkau bunuh juga kerana jikalau ia hidup akan memberi akan sakit hati kepada mu.apabila kau bunuh akan dia maka bolehlah kau ambil isterinya itu akan isteri mu.maka berkata Qabil.benarlah kata mu orang tua,sungguhpun ketika ini Habil pun sedang tidur tiada khbar akan dia dibawah pohon kayu itu.maka berkatalah laknatullah itu.ambilah oleh mu akan satu batu palu oleh mu akan kepalanya.maka Qabil pun berbalik semula kepohon kayu itu lalu diambil satu batu maka dipalukan kepala Habil itu maka terpancarlah otaknya.apabila dilihat akan Qabil Habil sudah mati dan darahnya pun mengalir kebumi maka Qabil pun ketakutan setelah melihat Habil lalu ia berseru seru.katanya.Hai kiranya kemana ku bawa mayat saudara ku ini kemana ku taruh akan dia lalu di bangkitkan mayat keatas bahunya maka dibawa berjalanlah ia dengan ketakutan berkeliling negeri maka sampailah kebandar Damsyik maka berhentilah ia disana maka dititahkan Allah taala dua ekor burung gagak berkelahi keduanya salah se ekor darinya itu matilah oleh temanya.maka temanya yang hidup dipatuk dengan paruhnya paruh dan dihantarnya lah kebumi lalu di timbunnya dengan tanah seperti firman Allah taala.Lalu dilihat lah Qabil akan kelakuan gagak itu,maka tahulah Qabil akan mayat saudaranya itu dilakukan juga sedemikian rupa.setelah sudah ditanam maka ia pun hendak pergi mengambil akan isteri Habil maka firman Allah taala.Hai bumi pegangkan oleh mu betis Qabil. maka ditangkap bumilah akan Qabil.lalu berkata Qabil,janganlah kiranya kau suruh tangkap aku pada bumi,maka firman malaikat azab.Hai qabil durhakalah tuhan mu.sekarang kau bunuh Habil dengan tiada sebenarnya oleh itulah ditangkap bumi akan dikau.dan dititah akan Allah taala akan bumi telan lah Qabil hingga kedadanya.maka berkata Qabil.Ya tuhan ku,dengan kemulian mu yang tersurat dibawah aras mu itulah,"Laila haillallah muhammadam rasulallah".janganlah kau suruh akan tangkap kaki ku ini.maka firman Allah taala,Hai bumi,bahawa Qabil menyatakan nama muhammad kekasih ku maka buangkan oleh akan dia ketengah padang itu.maka datang seorang malaikat menungang kuda dan suatu camti ditanganya,lalu di firmankan Allah kepada malaikat.palu oleh mu akan Qabil itu dengan azab yang amat sangat. dengan terhantarlah ia dengan seksa ditengah padang itu antara hidup dengan mati.
Bermula satu riwayat oleh ahli tafsir. antara tiga hari lamanya.maka adam pun bertanya akan segala anaknya.kemana Habil ini sudah dua tiga hari tiada aku lihat akan dia. maka dicari mereka itu akan Habil tiadalah bertemu lagi. maka Nabi Allah Adam pun menangis akan anaknya Habil dengan dukacitanya.maka Jibril pun turun kepada Nabi Allah Adam.
Bermula diceritakan ahli tafsir, antara tiga hari lamanya maka Adam pun bertanya kepada segala anaknya,kemana Habil ini dua tiga hari tiada ku lihat akan dia.maka dicari mereka itulah akan Habil tiadalah bertemu lagi,maka Nabi Allah Adam pun menangis akan anaknya Habil dengan dukacita.maka Jibril pun turun kepada Nabi Allah Adam.ujar Nabi Adam "Hai Jibril,kemana jua Habil itu,perginya tiada dicari oleh saudaranya,taiada jua bertemu dengan dia,maka kata Jibril,Ya Nabi allah,bahawa Habil itu telah matilah ia dibunuh Qabil,maka Nabi Adam pun menangis mendengar kata Jibril itu,maka ujar Nabi Adam."Ya Jibril, dimana dibuangkan mayat anak ku Habil itu,maka sahut Jibril. "Dibumi Damsyik".lalu diisyratkan Jibril akan tempat itu, maka Adam dan Hawa pun berjalan lah ke benua Damsyik mencari kubur Habil,maka bertemu ia kubur anaknya Habil,lalu ia menangis dan ibu kita Hawa pun menangis jua serta memberi laknat akan Qabil.maka menungu akan Adam dan Hawa dikubur Habil dua ratus tahun lamanya dengan bercinta akan anaknya itu.maka segala anak cucu Nabi Adam mencari makanan akan bapaknya.maka kata Nabi adam,Hai segala anak ku,bertapa susah kamu mencari makanan untuk ku,maka kata mereka itu."Ya bapak ku,apa lah kamu duduk disini akan berduka cita.marilah kita balik kebenua Serindik,jika kau tunggu pun kubur anak mu Habil ini,masakan ia hidup lagi.maka sahut Nabi allah Adam.wahai anak ku, bahawa aku duduk disini sedikit jua kerana memelihara akan kubur sedara mu Habil.takut aku akan Allah taala.tidak kah kau tahu bahawa aku didalam syurga amat dimuliakan Allah taala,dan apabila aku termakan buah khuldi itu maka aku dibuangkan akan akau daripada tempat ku didalam syurga itu kebawah tujuh petala langit hinga jatuh ku kebukit Serindik.jikalau aku berbuat durhaka pula kepada tuhan ku didalam bumi ini siapa tahu akan dibuangkan pula kebawah tujuh petala bumi.kemana tempat ku yang terlebih jahat daripada ini darikerana itulah sangat aku takut akan tuhan ku. Setelah didengar anak cucunya kata Nabi Adam yang demikin itu, maka diam lah mereka itu.maka Nabi Adam setelah berada di benuar Damsyik itu dua ratus tahun lamanya.maka berpindahlah ia ke negeri Serindik. Maka anak yang diperanakkan ibu kita Hawa hingga datang kepada seratus dua puluh orang,maka tiada yang mati selain Habil itulah.Maka sehari hari anak Nabi Adam datang kepada Nabi Adam.katanya hai bapak kami berilah kepada kami suatu perbuatan akan belanja.maka kata Nabi Adam,segala anak ku sabarlah kamu dahulu,akan ku pohon kepada Allah taala.Sembah Nabi Adam."Ya tuhan ku, bahawasanya engkau jua tuhan yang amat mengampuni akan hal segala hamba ini.maka jika engkau anugerahi dan belanja akan mereka itu.maka Jibril pun turunlah kepada Nabi Allah Adam.

In Sya Allah bersambung