Monday 24 February 2014

KISAHNABI SHYIT

KISAH NABI SHYIT

Bermula diceritakan ahli tafsir tatakala sudah mati Habil maka dianugerahkan Allah taala akan Nabi Adam dan Hawa beranak seorang lelaki maka dinamai Syit,antara beberapa tahun maka Shyit pun besarlah.maka terlalu kasih akan Nabi Adam akan dia,maka adalah perangai dan akhlak pun terlalu amat baik, daripada anak cucu Adam yang lain.lagi sangat ia takut pada Allah taala.maka dapat diketahui akan dia akan dapat diganti akan dia,maka sangatlah ia kasih akan shyit itu.maka Adam pun sakit,maka pada suatu hari teringatlah adam akan makanan syurga,maka berkata Nabi Adam kepada anaknya Shyit."Hai anak ku,terlalu sangatlah ingin hati ku ingin makan buah kayu didalam syurga.maka menangis Nabi Adam dengan tangisan yang amat sangat.mintak doa akan dikau akan aku kepada Allah taala supaya supaya dianugerahkan akan daku buah-buah kayu didalam syuga itu." maka sahut Shyit,"Wahai bapak ku,kerana tuan hamba bapak kami sekalian sepatutnya bapak jua yang mintak doa akan kami semua,maka kata Nabi Adam,aku amat malu dengan tuhan ku,kerana dosaku itu.Maka pergilah Shyit keatas sebuah bukit,apabila samapai Shyit kesana maka mintak doa lah akan Shyit."Ya tuhan ku, sesusngguhnya engkau lah tuhan yang mengetahui akan segala suatu ya tuhan ku.anugerah kiranya akan khalifah Adam buah kayu dari dalam syurga,kerana sangatlah hasrat bapak ku itu hendak makan akan dia,maka pada ketika itu jua turun Jibril a.s dengan seorang bidadari membawak tabok daripada emas yang merah.didalam Tabok itu ada beberapa macam buahan dari syurga.setengah disebut oleh pentafsir.Anggur,Delima,Bidara,Limau manis yang tiada berbiji dan berbagai lagi sehingga sepuluh jenis semuanya.dan Tabok itu dibawa oleh bidadari yang memakai sutera yang amat tipis terlalu sangat indah indah rupanya dan bercahaya cahaya gilang gemilang.maka Jibril pun berkata kepada Shyit,kembalilah engkau kepada bapak mu hai anak Nabi Adam,maka Shyit pun kembali kepada bapaknya maka duduklah ia disisinya.maka berkata Nabi Adam."mana buah kayu syurga itu yang dipohonkan pada tuhan ku?". sahut Nabi Shyit,disuruh Jibril akan hamba kembali,lalu Jibril pun datang dengan seorang bidadari membawa Tabok,maka dibawa bidadari Tabok itu kehadapan Nabi Adam.setelah dilihat Nabi Adam akan Jibril dan bidadari membawa Tabok berisi buah buahan syurga itu,maka menangislah Nabi Adam.

In Sya Allah, bersambung.....

No comments:

Post a Comment