PENGENALAN AQIQAH
Pengertian Aqiqah dari segi bahasa:
Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang
tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.” Demikian pendapat
‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.
Antara definisi lain;
Aqiqah menurut bahasa ertinya `memotong’ .
Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut
keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus
dipotong ( dicukur ).
Menurut Istilah pula aqiqah ialah Haiwan yang
disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan
itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur
rambut kepala bayi itu.
Pengertian Aqiqah Menurut Syara`:
Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah
“penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau
memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Antara pengertian lain;
Aqiqah dalam pengertian syara` ialah binatang
ternakan yang berkaki empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak
mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari
ketujuh atau selepasnya.
Dalam bahasa Arab, kata bahimatul an’aam
(binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan
kambing, bukan yang lain. [Al Jabari, 1994]
SEJARAH ASAL-USUL IBADAH AQIQAH
Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa ” Pada
zaman Jahiliyyah, apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami
menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu
kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.Menurut riwayat
Ibnu Sakan pula ” Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup
dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke
ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu.
Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak
dibenarkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda saw menyuruh menggantikannya dengan
meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.
HUKUM AQIQAH
Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat
mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan
Nabi Muhammad saw ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain
alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini
pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, lalu Baginda
saw bersabda yang maksudnya :
“Allah tidak menyukai kederhakaan,
seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda:
“Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan
untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama
keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.”
[HR. Abu Daud]
Maksud hadis daripada perkataan (“suka atau
ingin” menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan
aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah
wajib.
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah
adalah sunat muakkad.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka
alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan
daripadanya.” [HR. Tirmizi]
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang
disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan
Tirmizi]
Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari
ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” [HR. Riwayat Tirmizi]
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah
ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.
JENIS HAIWAN DAN
KADAR AQIQAH
Haiwan yang
digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang
serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.
1. Kambing,
biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun
2. Lembu dan
Kerbau- melebihi dua tahun
3. Unta- melebihi
lima tahun
Haiwan-haiwan ini
hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An’aam)-yang mempunyai empat
kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu
kurus.
Menurut Imam
Malik,Asy-Syafi’e,Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan
penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau,
kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban). Pelaksanaan
penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai
syarat-syarat tertentu seperti berikut;
1. Unta berumur 5
tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau
kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau
biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1
tahun atau telah bersalin gigi.
5. Haiwan tersebut
juga disyaratkan tidak cacat.
Manakala,rusa,
kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori Bahimatul An’aam.Maka
ketiga-tiga haiwan tersebut(rusa,kijang dan kancil) tidak dibolehkan untuk
dijadikan sebagai haiwan aqiqah.
Yang lebih utama(Afdhal) untuk kadar aqiqah
bagi seorang anak lelaki ialah 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor
kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
“Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya
menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk
perempuan seekor.”
Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan baik
untuk anak lelaki mahupun anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w.
yang bemaksud;
” Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan
anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” [HR. Ahmad & Tirmizi].
Rasulullah bersabda; ” Rasulullah s.a.w telah
memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor
kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” [HR. Ibnu Abi Syaiban].
Hadis di atas secara keseluruhannya
menunjukkan dua perkara;
Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan,
sama-sama syariatkan supaya dilaksanakan aqiqah.
Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan 2
ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.
Walaubagaimanapun,anak lelaki
sebaik-baiknya(afdhal) diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing,manakala anak
perempuan pula seekor kambing. Akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi
tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut, ini kerana Rasulullah s.a.w.
sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan; ” Bahawa
Rasulullah s.a.w telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor
biri-biri.” [HR. Abu Daud].
Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini
bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat
aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh
dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya,
ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari.
Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya
hingga anak itu dewasa (baligh).
Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang
itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang
menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika
tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah
pada hari kedua puluh satu. Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat
dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada
hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda; ” Seorang anak
terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta
diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi].
Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi
ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya.
Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa,
tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat
aqiqah dirinya sendiri.
Definisi
Apa yang disembelih daripada unta, lembu, kambing atau kibas semata-mata
menghampirkan diri kepada Allah pada hari raya. Asal disyarakkan ibadat korban
ini melalui firman Allah dalam ayat 2 surah al-Kauthar yang bermaksud : Maka
dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Maksud "nahr"
dalam ayat ini mengikut pandangan yang paling ramai dan sohih adalah membawa
maksud korban binatang-binatang korban.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud
bahawa nabi S.A.W telah mengorbankan dua kibas yang mempunyai tanduk yang
besar. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri. Baginda
menyebut nama(Allah) dan bertakbir. Baginda meletakkan kedua luntut baginda di
atas bahagian (berhampiran) tengkok keduanya.
Hikmat daripada pensyariatan ibadat korban
1.Ibadat korban sama sebagaimana ibadat yang lain adalah untuk menghampirkan
diri kepada Allah.
2. Menghidup dan mengingatkan semula pengorbanan yang dilakukan oleh nabi
Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.
3. Menghidupkan suasana bantu-membantu antara yang kaya dan miskin dengan
ketibaan hari raya dengan sedikit bantuan daripada daginmg-daging korban yang
disedekah.
4. Mengeratkan lagi ukhwah Islamiah yang terbina dan menyiramkan ruh
bermasyarakat.
Hukum ibadat korban
Hukumnya adalah sunat muakkad(digalakkan) tetapi ia akan menjadi wajib dengan 2
sebab iaitu :
Pertama : Dia mengisyaratkan kepada binatang yang berada di bawah peliharaannya
yang baik untuk dikorbankan maka dia berkata : "Ini adalah binatang
korbanku" atau "Aku akan berkorban dengan kambing ini" sebagai
misalnya. Jika dia berkata sebagaimana tersebut maka dia diwajibkan berkorban.
Kedua : Dia mewajibkan dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan
korbannya seperti katanya : "Untuk Allah atasku untuk berkorban".
Maka dengan ini maka dia diwajibkan berkorban yang mana ia menjadi hukum
sebagaimana orang bernazar.
Mereka yang disuruh untuk melakukan ibadat korban
Disunatkan melakukan ibadat korban ini kepada mereka yang mempunyai
syarat-syarat berikut :
1. Islam dan tidak diminta kepada orang kafir
2. Telah baligh dan berakal yang mana tidak dituntut kepada yang belum baligh
atau pun gila
3. Mempunyai kemampuan yang mana mempunyai kewangan yang berlebihan daripada
nafkah untuk dirinya sendiri dan mereka yang berada di bawah tanggungannya
samada makanan, tempat tinggal dan pakaian sepanjang hari raya dan hari-hari
tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Binatang yang disyarakkan untuk dijadikan korban
Tidak sah untuk dijadikan binatang korban selain daripada unta, lembu(termasuk
kerbau), kambing(termasuk biri-biri dan kibas dan seumpamanya). Ini adalah
berdasarkan kepada maksud firman Allah dalam ayat 34 surah al-Haj : Dan bagi
setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut
nama Allah terhadap binatang ternakan yang telah direzekikan oleh Allah kepada
mereka. Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa kerana itu berserahlah dirimu
kepadaNya. Dan berilah khabar gembira kepada mereka yang tunduk dan
patuh(kepada Allah). Binatang ternakan(al-An'am) tidak terkeluar daripada
maksud jenis binatang yang tiga tadi. Ini kerana tidak pernah diriwayatkan
samada daripada nabi S.A.w sendiri atau pun sahabat tentang binatang korban
yang selain daripada tiga jenis tadi.
Mengenai binatang yang paling utama dari segi kelebihannya ada ulama' yang
mengatakan unta kemudian lembu dan seterusnya kambing dan ada pula yang
berpendapat kambing yang lebih afdhal.
Dibolehkan melakukan ibadat korban dengan berkongsi tujuh bahagian daripada
seekor unta atau pun lembu tetapi bagi kambing hanya untuk seorang sahaja.Ini
adalah mengikut kepada perbuatan Rasulullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan
oleh imam Muslim daripada Jabir telah berkata : Kami telah melakukan ibadat
korban bersama Rasulullah S.A.W pada tahun Hudaibiah seekor unta daripada tujuh
bahagian dan lembu daripada tujuh bahagian.
Kita juga diharuskan berkongsi satu daripada tujuh bahagian samada daripada
seekor unta atau lembu walau pun dengan niat yang berbeza seperti ada yang
berniat korban, ada yang berniat aqiqah, ada untuk dijual dan ada untuk nazar
dan sebagainya. Cuma hukum untuk daging tersebut mengikut apa yang diniatkan
oleh seseorang.
Syarat binatang korban
Pertama : Umur
-Bagi unta mesti genap enam tahun dan setengah berpendapat sudah cukup hanyan
lima tahun.Manakala lembu atau kerbau apabila berumur tiga tahun dan setengah
berpendapat cukup dua tahun. Sementara kambing dan seumpamanya telah genap dua
tahun atau pun bersalin gigi iaitu gugur gigi depannya walaupun belum cukup dua
tahun iaitu biasanya enam bulan.
Dalilnya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh oleh imam Ahmad daripada Abu
Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda
yang bermaksud : Sebaik-baik binatang korban itu ialah kambing yang telah bersalin(gigi).
Kedua : Selamat daripada sebarang penyakit
- Iaitu mesti selamat daripada sebarang aib yang boleh menyebabkan kurangnya
daging. Tidak sah korban kambing yang gila, tempang yang jelas, mempunyai
kecacatan atau penyakit dan terpotong sebahagian daripada badannya.
Imam Tarmizi dan Abu Daud telah meriwayatkan daripada al-Barra' bin 'Azib
daripada nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Empat perkara yang tidak
dikira pada binatang korban : keaiban yang jelas keaibannya, sakit yang jelas
penyakitnya, tempang yang jelas ketempangannya dan sakit gila.
Diqiaskan daripada empat kecacatan atau keaiban tadi maka dikira apa yang
seumpamanya merupakan perkara yang boleh menyebabkan korban tidak dikira.
Waktu korban
Bermula daripada selepas terbitnya matahari hari raya eidil Adha dengan kadar
cukup untuk menunaikan dua rakaat hari raya dan dua khutbah hari raya. Waktu
ini berterusan sehinggalah terbenam matahari hari tasyriq iaitu hari 11,12 dan
13 Zulhijjah.
Waktu yang paling afdhal (lebih baik) untuk melakukan penyembelihan binatang
korban adalah sebaik ari dan Muslim: Permulaan apa
yang kami mulakan dengannya hari ini adalah solat, kemudian kami pulang maka
kami sembelih korban. Maka sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah
menurut sunnah kamselesai menunaikan solat sunat hari raya eidil Adha
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhi. Dan sesiapa yang sembelih sebelum itu maka sesungguhnya ia
merupakan daging yang diberikan kepada ahlinya bukannya daripada ibadat pada
sesuatu....Makna khabar ini ialah sesiapa yang sembelih binatang korban sebelum
masuk waktu solat hari raya eidil Adha dan berlalunya masa yang memungkinkan
dia melakukan solat padanya maka sembelihannya tidak dikira ibadat korban
tetapi menjadi sembelihan biasa sahaja.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban daripada Jubir bin Mut'im telah
berkata : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dan setiap hari-hari
tasyriq merupakan hari sembelih...
Apa yang perlu dilakukan dengan daging korban
Pertama : Sekiranya korban itu wajib seperti nazar maka daging korban itu tidak
boleh dimakan oleh oarng yang melakukan korban itu dan juga semua ahli keluarga
yang berada di bawah tanggungannya. Sekiranya ada dikalangan mereka tersebut
makan daripada daging korban itu maka dia wajib menggantikannya samada dengan
daging lain atau pun harga daging dengan kadar yang telah dimakan.
Kedua : Sekiranya korban sunat maka dia boleh memakan daging korbannya lebihan
daripada apa yang telah disedekah.Yang lebih afdhal dia makan sedikit daripada
daging korban itu sebagai mengambil berkat dan disedekahkan yang selebihnya.
Untuk makan satu pertiga, satu pertiga untuk disedekah kepada orang miskin dan
satu pertiga selebihnya untuk dihadiahkan kepada sahabat handai dan
jiran-jirannya walaupun mereka kaya.Tetapi pemberian kepada mereka yang kaya
untuk dimakan bukannya untuk jualan berlainan dengan pemberian kepada orang
miskin adalah sebagai pemilikan samada untuk dia makan atau dibuat apa sahaja
yang boleh memberi manfaat kepada mereka.
Asal daripada hukum tersebut menurut kepada maksud ayat 36 surah al-Haj : Dan
telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah, kamu
memperolehi kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah
ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri , Kemudian apabila telah roboh
(mati) maka makanlah sebahagiannya dan berikanlah makan oarng yang rela dengan
apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta.
Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan
kamu bersyukur.
Bagi mereka yanmg melakukan korban juga diminta memberi sedekah kulit binatang
korbannya atau pun dia sendiri yang menggunanya. Dia dilarang menjualnya atau
pun memberinya kepada penyembelih sebagai upah bukannya sedekah. Ini adalah
kerana perkara itu boleh menyebabkan berlakunya kekurangan daripada binatang
korban dengan merosakkannya pada perkara yang dilarang. Apa yang diriwayatkan
oleh imam al-Baihaqi daripada nabi S.AW telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa
yang menjual kulit sembelihan maka tidak dikira korban baginya.
Saya ingin melakukan ibadah aqiqah untuk anak
lelaki saya. Umum mengetahui bahawa ibadah aqiqah untuk anak lelaki adalah
afdal baginya 2 ekor kambing.
Soalan;
1) Bagaimana jika saya melakukannya dengan seekor kambing, adakah aqiqah itu
menjadi tidak sempurna?
2) Abang saya telah menghadiri ceramah agama yang berkaitan dan mengatakan
ibadah aqiqah ini ibarat setem.
Umpama surat tanpa setem. Doa anak tidak akan sampai kepada orang tuanya jika
anak itu tidak diaqiqahkan.
wa`alaikumus salam.
1. kalau tidak mampu boleh ber`aqiqah untuk anaklelaki seekor kambing.
2. Doa anak tetap sampai kepada orang tuanya jika anakitu tidak diaqiqahkan,
cuma di akhirat nanti anak itu tidak dapat memberi shafaat kepada ibu bapanya.
Ada orang aqiqahkan 7 orang anak dengan seekor lembu kerana di kiaskan dengan
qurban. Apabila saya teliti hujah-hujah ulama yang qiaskan aqiqah dengan qurban
ini nampaknya amat lemah sekali. Sebab itu ramai juga ulama yang berpendapat
tidak sah aqiqah dengan lembu
kerana dzahir hadith dengan kambing. Mengkiaskan aqiqah dengan kurban adalah
satu kesilapan keranaqurban pada hakikatnya tak sama denagn aqiqah.
Namun begitu dalam kitab Tarbiyatul Aulad, kalau tak silap saya Sheikh Nasih
Ulwan ada bawa hadith Ibnu`Abbas pernah mengaqiqahkan anaknya dengan seekor
unta. Anaknya ini seorang ,bukan 7 orang.Kerana itu ada juga ulama yang
berpendapat bahawa boleh aqiqah dengan lembu tetapi mestilah seorang anak
dengan seekor lembu, bukan 7 orang seekor lembu sebagaimana
qurban. WALLAAHU `AA`LAM.
sumber: ustaz zaharuddin
Aqiqah :Bagaimana dan
bilakah masa yang paling digalakkan untuk melaksanakannya?
Melaksanakan ibadah aqiqah ialah dengan melakukan sembelihan pada hari ketujuh
kelahiran anak sehinggalah akil baligh anak tersebut.
Apakah hukum
melaksanakan ibadah aqiqah?
Hukum – Sunat yang dituntut ( muakad )
Berapa bilangan (ekor)
haiwan ibadah aqiqah yang di galakkan?
Menurut hadis yang telah di sebutkan diatas, sekurang-kurangnya bagi
seorang anak perempuan adalah seekor kambing dan bagi anak lelaki pula di
galakkan dengan dua ekor kambing.
Bolehkah saya melaksanakan aqiqah untuk diri
saya sendiri jika belum diaqiqahkan sewaktu kecil dahulu?
Boleh melakukan aqiqah tersebut dan hukumnya
harus.
Jika saya tidak mempunyai masa dan sring
sibuk, bolehkah saya mewakilkan pelaksanaan aqiqah kepada pihak ketiga?
Boleh dan hukumnya harus bagi kita untuk mewakilkan ibadah qurban mahupun
aqiqah kepada pihak lain.
Apakah hukum melaksanakan ibadah qurban?
Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad. Ini bermakan ia adalah
ibadah sunat yang sangat-sangat di tuntut oleh Islam keatas umatnya untuk di
lakukan jika berkemampuan.
Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah
qurban yang di galakkan?
Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7
bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dilakukan oleh seseorang itu
adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang
muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut
kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh
dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah
untuk seorang muslim sahaja.
Maksud Aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang
an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang
baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu
sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad
SAW ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain. Ianya bukanlah
perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah
SAW , lalu Baginda bersabda yang maksudnya :
"Allah tidak menyukai kedurhakaan,
seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda:
"Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan
untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama
keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru
dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut,
iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa.
Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah
sebanyak 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu bagi anak lelaki mereka. Boleh
juga ia melakukan seekor kambing atau 1 bahagian lembu. Bila ia telah
berkemampuan, maka bolehlah dia melakukan baki yang tinggal lagi sebanyak
1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu. Apa-apapun terpulang kepada orang yang
hendak melakukan aqiqah anaknya. Dia sahaja yang tahu menilai sejauhmana
kemampuan dirinya.
Lebih cantik lagi, kita jangan tangguh ibadah aqiqah anak ini,
sebab menjadi tanggungjawab ibu bapa mengaqiqahkan anaknya yang telah dilahirkan.
Tidak menjadi permasalahan baginya yang mengatakan takut akikah 2 ekor kambing
tidak habis di makan oleh tetamunya. Daging aqiqah sunat kita masak dengan
masakan yang manis dan sedekah kepada orang ramai atau jiran-jiran kita.
Bukan sekadar buat kenduri jamu orang makan sahaja.
Satu lagi masalah yang timbul dalam perkara ini ialah nazar.
Ucapannya seperti “1 ekor kambing lagi akan dilakukan pada majlis doa
selamat saudaranya untuk menunaikan haji” telah menjadi nazar beliau.
Apabila telah menjadi nazar, maka ia telah menjadi wajib dan perlu
dilaksanakan. Jika gagal ia akan berdosa dan perlu membayar kifarah seperti
memberi makan 10 orang miskin, memberi pakaian 10 orang miskin, memerdekakan
seorang hamba dan berpuasa 3 hari berturut-turut.
persoalan
Tidak ada dalil yang melarang seseorang
berkurban jika belum melakukan akikah. Dengan kata lain, kurban boleh
dilakukan oleh seseorang meski ia belum melakukan akikahi atau diakikahi.
Dalam hal ini hukum akikah itu sendiri adalah
sunnah muakkadah. Jika mampu hendaknya dilakukan pada hari ketujuh kelahiran
dan jika tidak mampu bisa ditunda kehari keempat belas, kedua puluh satu, atau
kapan saja ia mampu. Bahkan meski sudah dewasa menurut sebagian ulama.
Namun demikian menurut Imam Ahmad kalau
seseorang sudah berkurban, tidak perlu lagi melakukan akikah karena qurban
tersebut telah mencukupi dan mewakili. Suatu ketika Imam Ahmad ditanya
tentang kurban yang diperuntukkan untuk seorang anak, apakah hal itu
sudah bisa menggantikan akikahnya? Beliau menjawab, "Aku tidak tahu. Akan
tetapi ada yang berpendapat demikian. (Yaitu dari kalangan tabiin)." Imam
Ahmad sendiri menegaskan, "Aku berharap semoga kurban yang
dilakukan bisa menggantikan akikah orang yang belum diakikahi insya
Allah." Demikianlah yang disebutkan dalam kitab Tuhfatul al-Maudud
li Ahkamil Mawlud.
Wallahu a'lam bish-shawab.