Saintis Temui Manusia Gergasi Kaum Ad Nabi Hud AS |
Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui
tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir
Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab
al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The
Aramco Exploration.
Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA
pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum
‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada
kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana
itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan
mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka,
mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka
kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini
adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah
menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki
lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan
bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak
yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih
gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi
monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar
yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang
Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di
Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik
adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang,
yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al
Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan
pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini.Penemuan
bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan
minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeologi amatur yang menemui kota legenda yang
disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang
Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai
sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku
ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris
bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom
untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman
dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon
Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai
“Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang
yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang
paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang
strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan
tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang
berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah
wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman
ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat
itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang
lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang
dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali
suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke
daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan
pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar
kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji
lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang
hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya.
Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemukan
pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA
(Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit
daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak
yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di
perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta
dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang
ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi
Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar
tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota
tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan
pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat,
suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat
sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto
ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang
ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang
diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak
yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan
suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan
peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah,
bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang
disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang
hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan
dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat
menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran.
Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian
mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar
‘Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka
itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram,
bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum
‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang
belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS.
Al-Fajr, 89: 6-8)
No comments:
Post a Comment