Sunday, 2 March 2014

kisah UAI




Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas



Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang masih setia bersama mahupun pembaca-pembaca baru yang dahagakan ilmu  Malam ni nak kongsikan berkenaan salah seorang Idola  sendiri iaitu nama yang tidak asing lagi dikalangan pemuda-pemuda seluruh Malaysia Ustaz Azhar Idrus.
Perkongsian ni bukanlah perkongsian yang biasa-biasa walaupun Ustaz Azhar Idrus juga manusia biasa seperti kita kerana ini merupakan perkongsian kisah hidup Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah bebas. Actually kisah ini telah banyak dikongsi oleh  lain. Tapi apa lah salah kiranya Dr Fuh pon share bersama kan. Mungkin ada dikalangan pembaca blog  belum mengetahuinya lagi. Jom kita ikuti perkongsian kisah hidup Ustaz Azhar Idrus sebelum menjadi Pendakwah Bebas yang  petik dari laman  dan juga laman 

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus

Dahulunya Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu yang diberi nama “Band Boy”. Beliau dan Band Boy sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event kecil-kecil. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
ustaz azhar idrus bersama oldskool1 Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas
Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada era 80-an. Menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan sehobi dengannya.
uaicyc5 Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas
Ustaz Azhar Idrus dikatakan pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga iaitu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan beliau bekerja sebagai pencanting batik. Pada ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh dan mendalam. Tiada alasan baginya sama ada hujan mahupun ribut. Beliau beranikan diri dan gagahkan kudrat untuk pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Dikatakan juga, perubahan diri Ustaz Azhar Idrus kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama adalah didorong oleh kawan baiknya seorang “Otai Punk” yang telah menghilangkan diri selama 5 tahun. Setelah 5 tahun berpisah, kawan kepada Ustaz Azhar Idrus muncul dengan perwatakan dan peribadi yang sangat berbeza daripada 5 tahun yang lepas dari segi pemakaiannya dan juga tingkah lakunya.
Jadi disini jelaslah bahawa latar belakang bukanlah penghalang untuk kita menyampaikan dakwah kepada umat manusia yang lain. Tidak kira bagaimanapun latar belakang kita sekiranya Allah membukakan pintu hati kita maka tidak mustahil kita mampu menjadi penyampai dakwah yang berkesan kepada umat manusia.

  

والله أعلمُ بالـصـواب

 




Kisah Mat Rempit Berubah Selepas Dengar Ceramah UAI

Kisah Mat Rempit Berubah Selepas Dengar Ceramah UAI


Kisah Mat Rempit Berubah Selepas Dengar Ceramah UAI

Kisah Mat Rempit Berubah Selepas Dengar Ceramah UAI | Fenomena Ustaz Azhar Idrus benar-bear membawa impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Ramai anak-anak muda, malah golongan tua insaf apabila mendengar ceramah UAI ini.. GK kongsikan satu artikel yang memaparkan Kisah seorang mat rempit yang sudah insaf apabila mendengar ceramah UAI.
Kisah ini hanyalah satu kisah daripada kisah-kisah golongan anak muda yang berubah setelah mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Admin sendiri pun kagum dengan ustaz. Tengok sajalah countdown 2012 tempoh hari. Walaupun tanpa hebahan di media, namun berjaya menarik lebih 70 ribu hadirin yang kebanyakannya gologan anak muda. Jom kita baca kisah ini sama-sama.
Sebagai MAT REMPIT berjaya…aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**.
Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.
SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang…apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH…Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa…tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..
. Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat…nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang mengantuk dan bosan…jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR…
” Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju…Islam dop sekat…asalkan time semayang,,mung sembahyang…time gi surau…mung gi surau…NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda…KUDA zaman lening mutorsikal r..”
satu agi..”Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH…tapi dengan syarat…mung letok ayah orang puan tu tengoh2…”HAHA
Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT…dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT…Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh…tapi kene semayang…kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2…aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .
Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku…Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu…Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)…batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) .
Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu…aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh…sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa…Hok paling aku suke…awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) …
siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku…sebab aku kate ker dyer…lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang…sebab mung nok uat bini kam…kene jage r MARUAH bakal bini mung…InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia…jeput mari belake neh…rumah depan Keda Sabasun..hahaha
GituLA serba sedikit kisoh aku…PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar…kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar…siap dapat kawin dengan ustazah agi…dapat pulop kerje sedap…BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA’…berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)…akhir kata..JOM GI KULIAH…kikikiki…
dop seke pando gok aku uat karangan…spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..
Ya Allah Ya Tuhanku…banyok dosaku PadaMu ya Allah…Aku Mohon Keampunanpu YaAllah…Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini…setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah…Matikanlah aku dalam iman…AMIN(mohon sahabat doakan)
Wallahualam.



 

No comments:

Post a Comment